Posted by: Shal Mad | September 16, 2012

Memori dan Kenangan

Seharian berkerja membuat Saiful merasa amat penat. Tenaganya bagai kehabisan. Ingin sekali dia pulang ke rumah tercinta untuk melepaskan dendam pada kepenatan yang dialaminya. Namun perut harus diisi, kalau tidak hingga ke pagi esok perutnya meronta meminta untuk diisi.

Selesai makan, Saiful pun membayar makanannya dan terus melangkah keluar dari restoran yang selalu ditandanginya. Sebaik sahaja kakinya melangkah keluar, terpana dia dengan sebuah kedai menjual cd dan album bertentangan dengan restoran itu. Pelik, selalunya tidak pernah dia ingin melangkah masuk ke dalam kedai tersebut.

Satu persatu Album lagu dilihatnya. Dari lagu kotemporori hingga rock, hip hop. Dari antarabangsa hingga ke tempatan. Semua dilihatnya. Hingga Saiful terhenti di hadapan rak lagu-lagu 80-90an. Ditenungnya satu persatu. Pelbagai lagu bermain di benak fikiran. Setiap kali dia menenung cd lagu itu. Setiap kali lah bait-bait lagu itu kedengaran. Seolah-olah ada permain cd di buah fikirannya.

Pandangannya terkunci pada satu cd lagu itu. Farra… Seolah menggamit sebuah memori. Lantas terus dibelinya.

Tanpa lengah dia menuju ke kereta Myvi yang baru sebulan dibeli. Memasukkan cd lagu itu dalam permain cdnya. Dipejam matanya dan terus menghayati…

Tanpa sedari air mata nya mengalir… Terkenangkan peristiwa yang berlaku di saat-saat lagu itu popular pada zaman itu. Kisah cinta dan pengharapan. Cerita pengorbanan dan kesetiaan. Apakah ini realiti atau pun fantasi semata, bisik hatinya kala mata tercelik…

Posted by: Shal Mad | September 2, 2012

Ruang Kosong

“Ibu,”
“…….”

“IBU..”
“……”

“IBU !!”
“Ye Jannah, ibu dengar,”

“Ibu tengok apa tu ?”
“Ini…. Gambar kekasih hati ibu, kacakkan ?”

“…….”
“La, kenapa menangis ?”

Diam

Aku masih ingat ketika abah masih sehat. Sentiasa bekerja keras mencari rezeki untuk anak-anak. Ibu pula sentiasa berhempas pulas memastikan kerja-kerja di rumah selesai sebelum abah pulang. Dan ibu sentiasa memastikan kami adik beradik cukup keperluan seharian di sekolah mahupun di rumah. Ibarat tiada satu kekurangan dalam keluarga bahagia kami. Seperti keluarga-keluarga lain yang sentiasa tawa riang, sedih bersama sangat bahagia….

Namun kebahagiaan kami tidak kekal lama.

Ibu amat menyayangi abah. Dan abah juga begitu. Kami adik beradik senang bila abah dan ibu bergurau bermesra dan menceriakan hidup kami. Abah sering menceritakan kisah cinta mereka. Dan kami pula mendengar dengan setia. Dan teruja. Walau cerita itu berulang. Kami tetap gemarkannya. Dan mengimpikan kisah yang indah itu terjadi kepada kami sendiri.

Namun, satu keanehan berlaku. Ibu hilang. Tiada kelihatan walau dimana kami mencari. Tiada sesiapa yang tahu kemana ibu pergi. Membuat abah kesepian. Sekian lama. Bertahun lama. Ibu tidak kembali. Membuat kami tidak mengerti. Walaupun abang telah mempunyai kerjayanya. Kakak sudah pun berumah tangga. Dalam usia muda. Kak Lang masih mencari. Membawa abang Chik bersama. Dan aku masih dalam alam persekolahan. Yang tidak memahami. Bukan kah abah sangat menyintai Ibu. Ibu sangat menyayangi abah ? Kemana hilangnya Ibu ?

Persoalan demi persoalan di benak fikiran. Abah semakin lama semakin lemah kesihatannya. Apakah salah kami adik beradik ? Apakah ibu sudah tidak mahu kami lagi ? Adakah abah menyakiti ibu hingga ibu tergamak meninggalkan kami ?

Kami tidak pernah membenci ibu, dan abah setiap hari teringatkan ibu. Hingga suatu hari…. Abah menceritakan semuanya…

Kami hingga kini tidak memahaminya. Ceritanya pelik dan sangat misteri. Ibu….?

Ibu ibu ibu dimanakah engkau ?

Abah telah kembali ke pangkuan Yang Esa, setelah kami mempunyai kehidupan sendiri.
Ibu pun kembali. Kami sambut dengan riang. Dengan satu keganjilan yang kami terasa. Ibu tidak dimamah usia ? Kemana hilangnya ibu…

“Jannah… aku cintakan dia, untuk selama-lamanya… Tiada siapa penggantinya, walau siapa pun dia. Hanya dia sahaja…”

Itulah kata-kata akhir dari abah….

Posted by: Shal Mad | August 29, 2012

Pakaian.

Kala aku melihat

Sekadar Hiasan

Merah, putih, biru, kuning, hijau, cerah, gelap, yang melekat di tubuh, yang menyapu lantai, yang menjadi ikutan, yang menjadi sindiran. Apa pun yang kita lihat, yang kita mengenakan pada tubuh badan. Itulah yang dipanggil Pakaian. Baju. Seluar. Kain. Blaus. Kalau nak tulis kat sini banyak pula hingga bengong jadinya.

Pakaian melambangkan peribadi.. Benarke ? Sungguh ke ? Itu dulu… Sekarang orang miskin lebih bergaya. Orang kaya suka pula pakai pakaian nampak tubuh badan. Perluke ?

Yang ingin aku sampaikan ialah pakaian wanita. Perlu ke memakai pakaian yang menampakkan tubuh badan ? Tak pelik ke ? Kan lebih bagus tidak memakai apa-apa pun.

Secara logiknya, pakaian adalah untuk menutup badan. Menutup apa yang tersembunyi. Tapi sekarang lebih baik tidak memakai apa-apa. Kerananya bayangan atau kelibatnya sendiri telah nampak apa yang tersembunyi, yang tersembul, yang berliuk lentuk.

Sekadar Hiasan

Yang aku lihat ia menjadi begitu kerana ikutan fesyen. Dan kebodohan manusia yang sombong lagi menjelikkan.
Lelaki memang gemar melihat yang terindah. Andai yang terindah itu disorokkan maka harga maruah seseorang wanita itu menjadi sangat mahal. Dan sangat sukar untuk lelaki miliki. Bayangkan kalau setiap wanita yang ditemuinya menyorokkan keindahan mereka. Pasti tiada pandangan bernafsu. Siulan nakal, dan permainan sumbang dari lelaki…
Fikirkanlah…..

Kalau itu yang aku nampak

Sekadar Hiasan

“Abang, sini jual pakaian wanita sahaja, abang nak beli ke nak tengok je ?”

KEBODOHAN

Posted by: Shal Mad | August 28, 2012

Pengertian, Kesimpulan, Penyebaran.

Entah mana datang cerita. Entah apa pula penghabisannya. Kekadang sesuatu cerita itu dibuat-buat supaya ia nampak indah dan hidup hinggakan manusia-manusia ‘panjang’ akal percaya akannya dan cerita itu menjadi benar.

Susah bila kita hidup dalam kelompok manusia yang terlebih pintar otaknya. Cerita belum tamat mereka sudah tahu penamatnya. Jika penamatnya benar apa yang mereka katakan. Pastilah aku tidak merasa bodoh. Malah kagum.
Susah juga bila ada manusa yang hanya mengambil sebahagian kata-kata kita dan terus membuat kesimpulan. Memang perkara sebenar menjadi penipuan.
Dan kemudian Penamat yang belum sempat ditutup, kesimpulan yang tiada bertali. Menjadi satu penyebaran yang sangat sangat boleh diragukan.

Tapi cerita masih tidak habis. Satu orang bercerita perkara yang benar. Orang kedua pula membuat kesimpulan sendiri. Diceritakan kepada orang ketiga yang tidak mendengar penamat cerita. Dan cerita itu terus tersebar. Sebagai contoh. “Hari mau hujan, angkat kain!!” Entah bagaimana ia menjadi : “Harimau dah sampai kampung, semua orang kena beredar, cari tempat selamat, ambil barangan penting, jangan lupa anak-anak kecil. tinggalkan kain, ” Ohh, aku terasa bodoh bila bercakap dengan orang sedemikian. Jangan lah mereka mentafsir Al-Quran. Rosak anak bangsa…

Ada pula yang mempunyai kuasa psikik. Terus mengenali orang dengan sekilas pandang. Dan dapat menceritakan asal-usul mangsa. Kesian, Belum sempat menjadi rakan terus dibuang daerah. Dan ada pula suka memperlihatkan diri gah. Hingga sanggup memalukan rakan-rakan. Dan lidah tidak bertulang. Aku lagi suka suasana senyap. Bercakap bila perlu. Dari menambah dosa kering. Bercakap kosong, bergurau hingga terguris, berlucah tanpa batasan, seolah-olah sudah tiada batasan dalam pergaulan. Adakah ini pembalasan dendam ? Setelah terkurung dalam adat dan sopan ??

Mohon pencerahan. Tapi banyak yang menyimpang dan terus memadamkan kisah yang orang wajib ketahui. Cerita siapa yang orang patut ketahui ? Yang mana benar, yang mana palsu ? Mungkin ada yang benar, tapi ada yang palsu. Yang benar hanyalah Allah S.W.T. yang palsu mungkin kita. Apakah sebenar-benarnya kita….

Urghh, Penulisan aku sekarang macam tulis status di facebook pula…….

Posted by: Shal Mad | August 23, 2012

Nafsu, Hati, Perasaan, Akal, Iman.

 

Saban hari aku berjalan melewati masa-masa berlalu. Mencari ketenangan mencari buah fikiran mencari identiti yang ingin aku fahami. Namun tidak dapat aku mengerti. Hingga ke hari ini. Semuanya seolah mimpi. Mana realiti. Mana fantasi. Seolah aku menyergah ke alam sunyi. Dan sepi. Yang ada hanya sisa baki. Dari kesan yang tiada erti.

Sedang ku duduk bersendirian, melihat satu demi satu pasangan yang melintas. Bergurau senda, bermanje mesra, kejar mengejar, pujuk memujuk, gaduh berbaik kemudian gaduh kembali. Membuat aku terfikir. Kenapa jauh amat jodohku. Kekadang aku rasa bodoh berada bersama-sama rakan-rakan yang senang mendapat cinta. Apakah itu cinta ???

Biarkan persoalan itu berlalu. Biarkan ia dijawap dengan masa-masa yang memintas fikiranku.
Sering kali aku dilintasi dengan pasangan yang sejantina. Entah apa hubungan mereka. Jelik ? Mungkin. Pelik ? Itu semestinya. Mengapa memilih sejenis ? Apa yang mereka suka akan persamaan ? Bukahkah naluri manusia sukakan perbezaan ? Seperti pasangan muda dan tua yang melintas. Gelap dan cerah bergurau senda, Tinggi dan rendah yang bermesra. Kenapa harus cari pasangan yang sama ???

Cerita dan lagu ini mengingatkan aku kepada perasaan aku yang tertarik kepada wanita berambut pendek kemas. Berpakaian segak seperti lelaki. Memakai haruman yang wangi kejantanan. Tidak mustahil wanita yang suka pada kecantikan akan tertarik juga. Kerana secara jujur aku akui mereka lebih menarik dari lelaki yang ada. Lebih ‘kacak’ dari jejaka-jejaka yang terdapat di pasaran. Dan lebih pandai mengatur kata-kata kerana mereka lebih memahami wanita dari lelaki yang mempunyai perbezaan pendapat dengan wanita zaman ke zaman.

Dan persoalannya mengapa aku boleh tertarik ? 1. Kerana mereka masih lagi wanita walaupun hodoh.buruk.berubah bagaimanapun. Ya, aku agak fetish tapi tidak lah sanggup melanggar peraturan alam. 2. Mereka memang kemas. Lebih kemas dan segak dari lelaki. Malah lebih kemas dan teratur dari wanita normal yang ada. 3. Kalau perempuan pun boleh minat mereka. ini kan lelaki ?? Kah kah kah kah…

Ini cerita lain. Cinta terlarang. Lagu yang telah menaikkan fenomena budak-budak PENGKID. Tapi kalau kita ikut bait-bait liriknya. Ia bukanlah hanya menceritakan cinta sesama wanita(lesbian) ini sahaja. Tapi keseluruhan. Antara ibu dan anak, bapa dan anak, lelaki sesama lelaki, wanita sesama wanita, cinta yang tidak boleh diterima akal. Cinta yang terhasil dari nafsu. Hati dan amat-amat menjelikkan. Ya, secara rasionalnya ia sangat jelik pada mata kita. Tapi secara umum perhubungan ini semakin diterima oleh masyarakat.

Pandangan aku tentang hubungan ini neutral. Namun dihati ini ada perasaan pelik malah cemburu.
Hingga kini aku masih menanti di bangku usang. Melihat pasangan demi pasangan bergurau senda, bermanje mesra, kejar mengejar, pujuk memujuk, gaduh berbaik kemudian gaduh kembali. Membuat aku terfikir. Kenapa jauh amat jodohku. Kekadang aku rasa bodoh berada bersama-sama rakan-rakan yang senang mendapat cinta. Apakah itu cinta ??? Adakah cinta aku yang terlarang ????

Posted by: Shal Mad | July 9, 2012

Destinasi misteri.

Hidup ini penuh dengan kemisterian. Dan kita cuba menyesuaikan diri dengan misteri-misteri tersebut. Sebuah misteri yang tiada jawapannya. Sebuah misteri yang kita malas memikirkannya. Misteri yang sentiasa ada jawapan namun tiada siapa tahu apakah jawapannya.

Ada yang menerima bulat-bulat. Ada juga yang cuba mencari. Ada yang tahu sudah akan kemisterian yang melanda dan senyap-senyap tanpa cerita. Apa-apa pun jawapan dan pilihan yang kita pilih. Kita sering dilanda kemisterian dan hidup tanpa sedar mahupun menyedarinya.

Bagaimana kita tahu akan cinta. Apakah yang tersembuyi di sebalik alam, mengapakah ada yang mempercayai perkara ghaib dan menerimanya terus. Apakah disebalik teknologi. Disebabkan persoalan-persoalan tersebut. Maka misteri itu datang menjelma. Bagaimana harusku katakan bahawa setiap misteri, setiap persoalan ada jawapannya. Mungkin bukan otak kita yang dapat mencerna jawapan terbabit. Mungkin luar batas dari pemikiran kita yang terbatas. Mungkin sesuatu kemisterian itu adalah luar dari apa yang kita percaya selama ini. Dan disebabkan kita terus mencari misteri dan telah mengatahui jawapan ini orang terus melabelkan kita tidak betul. Hanya kerana kita berbeza.

Semua yang terjadi dan akan terjadi telahpun ditentukan. Dan otak kita tidak dapat menerima perkara terbabit. Kita rasa kita boleh mengubah sesuatu keadaan itu. Mungkin YA. Tapi Dia Lagi Maha Mengetahui. Sebagai contoh, bila kita berjalan ke suatu tempat. Pelbagai akal dan fikiran yang membawa kita ke destinasi. Namun, secara tidak sedar. Kita telahpun sampai di destinasi tersebut. Dalam perjalanan ke destinasi tersebut, banyak perkara yang kita lakukan. Tapi walau apa pun perkara yang kita lakukan, Kita tetap tak dapat mengelak dari sampai ke destinasi tersebut. Cuma apa yang kita buat itu membentuk kita sebelum tiba di destinasi itu.

Dan sesampai kita di destinasi itu. Jika dalam perjalanan itu kita lakukan kebaikkan dan sepanjang perjalanan itu kita menolong setiap insan yang memerlukan pertolongan. Maka sesampai di destinasi kita mendapat pulangannya. Tapi jika sepanjang perjalanan kita tidak melakukan apa-apa. Dan sering menyusahkan orang, membuat orang benci, menyakitkan diri sendiri, pasti setiba kita pada destinasi itu penyesalan akan berlaku. Dan kita berharap agar dapat kita berpatah balik. Seandainye mungkin.

Jawapan misteri yang semua ingin mengetahuinya ada pada penghujung destinasi kita. Tapi dalam pencarian itu dapatkah kita bersabar ? Dan melakukan sesuatu yang memberi kita persediaan sebelum ktia betul-betul layak untuk berada pada penghujung destinasi itu ? Supaya kelak tidak kita merasa sesal berada di penghujung tanpa ada jalan kembali.

Kita mudah berfikir. Tapi bolehkah ia terzahir ??

Posted by: Shal Mad | April 20, 2012

Ubah ? Perlaksanaan.

Assalamualaikum,

Dalam masa beberapa bulan ini. Aku telah dibawa ke suatu tempat ke tempat yang lain. Pelbagai-bagai suasana dan perangai manusia aku dipertontonkan. Sedikit sebanyak memberi erti keadaan politik yang berkaitan dengan perangai manusia, Keadaan ekonomi yang berkaitan dengan politik, keadaan kos sara hidup dengan perkerjaan, keadaan perkerjaan dengan perangai manusia. Pendek kata semua berkait rapat dengan keadaan manusia.

Penyelesaiannya Agama, Pegangan. Jati diri. Tapi nilai-nilai baik itu telahpun semakin pudar dan kemungkinan besar akan hilang. Bukanlah aku tidak percaya pada kepimpinan sekarang, mahupun menyokong parti politik yang menentang kepimpinan sekarang. Tapi aku cuba melihat dari luar kotak lingkungan masyarakat, luar lingkungan parti politik, sejarah, keadaan masa kini, ekonomi. 

Bagaimana akan terjadi selepas ini. Satu persatu aku cuba mengkaji. Mendengar dari kata-kata orang yang berpengalaman. Orang yang jauh pandangan. Ya, Negara ini akan berubah jika corak kepimpinan ini bertukar tangan. Tapi perubahan bagaimana ? Mungkinkah lebih baik, mahupun lebih terok dari keadaan semasa ini ? Tiada sapa dapat melihatnya. Mungkin dapat tetapi Allah lebih Mengatahui.

Sesetengah pehak menganggap perubahan kepimpinan yang baru akan membuat masyarakat merana, membuat rakyat berbalah tiada kesudahan, membuat ramai yang keciwa dan harap yang lama kembali memerintah. Ada pula pihak menganggap corak kepimpinan yang baru perlu ada, sebuah injaksi kemodenan. sebuah yang telah lama dinanti-nanti.

Namun aku yang duduk diluar kotak masyarakat. Luar pemikiran biasa masyarakat kini. Yang hanya berhambakan wang, berfikirkan dunia, berfikirkan kemodenan dan Lebih kepada ‘AKU , KAMI dan KITA’ dan suka menuding jari bila dipersalahkan. Hanjing !

Ini sebuah pemasalah baru dan ini akan berterusan lamanya. Selagi kepimpinan lama tidak berubah selagi itu mereka lantang bersuara. Namun apabila kepimpinan baru yang memerintah, ia akan jadi perkara yang berulang. Adakah ia rasional ? Ya….

Sesiapa pun yang memerintah, agama tetap nombor 2. adat tetaplah nombor 3. dan lain-lain tiada kepentingan sangat. tiada…..

Ini hanyalah pendapat hamba yang tidak tahu menahu tentang politik. Dan hanya lah sebuah pandangan peribadi. Salah itu datang dari hamba, Yang benar itu janganlah kita sembunyikan…

Posted by: Shal Mad | February 14, 2012

Percikan minda

Senja nan bagan

Sebuah cereka, di sepanjang perjalanan, pada suatu tempat, dengan suatu permasalahan, untuk suatu penjelasan, bagi menerangi, supaya menenangkan, agar didamaikan, kerana kekusutan.

Berada di pinggir pantai membuat aku kehilangan waktu. Dari duinia yang serba pantas. Manusia mengejar dunia. Manusia melupakan dunia. Dan bagi mereka masa itu sangat-sangat penting tanpa harus dipersia. Setiap masa adalah umpama duit. Tiada cukup masa. Korbankan tidur. Tiada cukup masa korbankan hiburan. Hiburan adalah wang. Wang adalah kekayaan. Kekayaan adalah kesibukkan.

Aku ? Berada di pinggir pantai membuat aku berasa sunyi. Dari dunia yang bingit. 24jam tanpa henti. Pagi bunyi enjin kenderaan permulaan mereka memulakan kerja. Terus-terusan hingga tengah-hari. Ada yang menghantar makanan, ada yang membeli makanan. Bunyi motor jentera-jentera. Penghawa dingin tidak pernah sunyi. Terus-terusan hingga waktu petang. Di mana ramai remaja dan kanak-kanak memecah sunyi, menjerit melolong memekik. Bermain keriangan. Hinggalah malam. Jalan yang tidak pernah sunyi. Sentiasa ada yang ke kedai makan yang selalu penuh. Sini penuh sana pula. Sana penuh situ pula. Mana-mana ada kedai makanan. Sini tutup. Jangan risau sana 24jam. Terbuka menghidangkan makanan entah ke bila entah. Hingga tengah malam. Masih ada yang berlegar. Mabuk ada yang. Terbang ada yang. Menyelinap ada yang. Memecah juga ada. Tiada kesunyian. Hiburan merata-rata.

Aku ? Masih berada di pinggir pantai membuat aku bosan. Dari dunia yang sentiasa mendesak aku. Sini ada kekosongan. Sini ada kerja. Sini ada tugas. Sini ada sesuatu untuk aku buat. Buat. Buat dan jangan lalai. Tapi aku terus-terusan membiarkan ia bising. Dan akhirnya aku dicampak di sini. Kenapa aku dicampak di sini. Kenapa ?

Entah kenapa entah. Biarlah. Biarkan aku sepi. Aku sunyi. Aku kehilangan waktu. Kerana tenang itu indah. Sepi itu tenang. Sunyi yang sepi. Damai yang sunyi. Senyum dalam kedamaian.

Posted by: Shal Mad | February 2, 2012

Perubahan Angin Kehidupan.

Dimana ia akan membawa kita, kemana harus kita pergi. Itu semua kita yang merancangnya. Jadi rancanglah semoleknya. Dan usaha sekuatnya.

Bermula 28Januari 2012 aku ditempatkan di Bagan Lalang. Menjual sesuatu yang mereka tidak fahami. Argh, Disamping itu aku dapat juga mengenali diri.

Tak banyak yang dapat aku coretkan. Tiada idea. Pelik, bila menghadap skrin komputer membuat aku hilang kesemua idea yang terkumpul.

Akan sambung selepas ini….

Posted by: Shal Mad | December 3, 2011

2011 Wakamono non Action

Assalamualaikum. Salam kepada semua mahkluk ciptaan Ilahi.
Bismillah

Sekian lama tidak mencoretkan nukilan di pentas kecil ini. Terasa berhabuk dan berdebu teramat sangat. Moga otak tidak tepu. Sebenarnya bukanlah hamba terlalu sebuk. Ataupun kekurangan buah fikiran untuk dipersembahkan di jajahan hamba ini. Tetapi terlalu banyak untuk ditulis hinggakan kehilangan keenakkan dalam penulisan. Amat-amatlah hamba kesali.

Subjek penting ingin hamba canangkan disini. Tiadalah apa-apa mustahak mahupun ada kepentingan dengan individu-individu yang sedang meningkat naik dari apa segipun. Terlalu banyak sebenarnya yang berlaku hinggakan tenggelam timbul hamba telan sendiri. Mungkin ini ujian kecil untuk melihat daya kepimpinan hamba. Tiadalah hamba kesah banyak. Tetapi cabaran demi cabaran itu wajib hamba tempuhi. Tidak ingin lagi hamba merasakan diri untuk melarikan diri lagi. Insya’Allah…

Tentang impian hamba untuk menulis sebuah skrip atau novel. Masih lagi hamba yakinkan diri untuk menulis dan menyimpan kemas di ruang fikiran hamba. Hinggalah ada yang sudi mencungkil ia keluar. Sama juga dengan buah-buah fikiran hamba tentang perniagaan dan peranan-peranan yang lain. Insya’Allah pasti akan ada jalan untuk ia dicurahkan.

Lama juga hamba tidak menulis pasal hidup hamba. Kali ini sengaja hamba menulisnya agar jika hamba terbaca kembali setelah jauh merantau, dapatlah jua hamba meneruskan misi yang agak murni hamba itu. Mudah-mudahan…

Tersirat, tersurat, cinta, pengorbanan, sinikal, kasih sayang, keminatan, kemiangan, kebodohan. Dan macam-macam lagi telah hamba catitkan didalam pentas kecil hamba. Tiada la juga ia berkurangan mahupun berubah. Masa bersilih masa, alam semakin berubah, hayat semakin singkat. Namun pengalaman demi pengalaman hamba perolehi. Mungkin satu masa nanti sebuah skrip akan terzahir. Dan dapat pula orang melihat pemikiran hamba yang khilaf ini menjadi iktibar.

Semoga dengan apa yang hamba tulis ini dapatlah juga hamba mengingati rakan-rakan dan juga hamba sendiri akan kekurangan itu. Tiada yang lain akan mengingatkan selain dari kita dan sahabat-sahabat yang lain. Ini satu ujian, mampukah kita lulus ? Semoga mendapat Rahmat dariNya. Insya’Allah Amin.

Sekiranya batu belian dibubuh dalam otak hamba. Hamba harap dapat mencairkannya……

Older Posts »

Categories