Posted by: Shal Mad | September 2, 2012

Ruang Kosong

“Ibu,”
“…….”

“IBU..”
“……”

“IBU !!”
“Ye Jannah, ibu dengar,”

“Ibu tengok apa tu ?”
“Ini…. Gambar kekasih hati ibu, kacakkan ?”

“…….”
“La, kenapa menangis ?”

Diam

Aku masih ingat ketika abah masih sehat. Sentiasa bekerja keras mencari rezeki untuk anak-anak. Ibu pula sentiasa berhempas pulas memastikan kerja-kerja di rumah selesai sebelum abah pulang. Dan ibu sentiasa memastikan kami adik beradik cukup keperluan seharian di sekolah mahupun di rumah. Ibarat tiada satu kekurangan dalam keluarga bahagia kami. Seperti keluarga-keluarga lain yang sentiasa tawa riang, sedih bersama sangat bahagia….

Namun kebahagiaan kami tidak kekal lama.

Ibu amat menyayangi abah. Dan abah juga begitu. Kami adik beradik senang bila abah dan ibu bergurau bermesra dan menceriakan hidup kami. Abah sering menceritakan kisah cinta mereka. Dan kami pula mendengar dengan setia. Dan teruja. Walau cerita itu berulang. Kami tetap gemarkannya. Dan mengimpikan kisah yang indah itu terjadi kepada kami sendiri.

Namun, satu keanehan berlaku. Ibu hilang. Tiada kelihatan walau dimana kami mencari. Tiada sesiapa yang tahu kemana ibu pergi. Membuat abah kesepian. Sekian lama. Bertahun lama. Ibu tidak kembali. Membuat kami tidak mengerti. Walaupun abang telah mempunyai kerjayanya. Kakak sudah pun berumah tangga. Dalam usia muda. Kak Lang masih mencari. Membawa abang Chik bersama. Dan aku masih dalam alam persekolahan. Yang tidak memahami. Bukan kah abah sangat menyintai Ibu. Ibu sangat menyayangi abah ? Kemana hilangnya Ibu ?

Persoalan demi persoalan di benak fikiran. Abah semakin lama semakin lemah kesihatannya. Apakah salah kami adik beradik ? Apakah ibu sudah tidak mahu kami lagi ? Adakah abah menyakiti ibu hingga ibu tergamak meninggalkan kami ?

Kami tidak pernah membenci ibu, dan abah setiap hari teringatkan ibu. Hingga suatu hari…. Abah menceritakan semuanya…

Kami hingga kini tidak memahaminya. Ceritanya pelik dan sangat misteri. Ibu….?

Ibu ibu ibu dimanakah engkau ?

Abah telah kembali ke pangkuan Yang Esa, setelah kami mempunyai kehidupan sendiri.
Ibu pun kembali. Kami sambut dengan riang. Dengan satu keganjilan yang kami terasa. Ibu tidak dimamah usia ? Kemana hilangnya ibu…

“Jannah… aku cintakan dia, untuk selama-lamanya… Tiada siapa penggantinya, walau siapa pun dia. Hanya dia sahaja…”

Itulah kata-kata akhir dari abah….


Leave a comment

Categories