Posted by: Shal Mad | September 16, 2012

Memori dan Kenangan

Seharian berkerja membuat Saiful merasa amat penat. Tenaganya bagai kehabisan. Ingin sekali dia pulang ke rumah tercinta untuk melepaskan dendam pada kepenatan yang dialaminya. Namun perut harus diisi, kalau tidak hingga ke pagi esok perutnya meronta meminta untuk diisi.

Selesai makan, Saiful pun membayar makanannya dan terus melangkah keluar dari restoran yang selalu ditandanginya. Sebaik sahaja kakinya melangkah keluar, terpana dia dengan sebuah kedai menjual cd dan album bertentangan dengan restoran itu. Pelik, selalunya tidak pernah dia ingin melangkah masuk ke dalam kedai tersebut.

Satu persatu Album lagu dilihatnya. Dari lagu kotemporori hingga rock, hip hop. Dari antarabangsa hingga ke tempatan. Semua dilihatnya. Hingga Saiful terhenti di hadapan rak lagu-lagu 80-90an. Ditenungnya satu persatu. Pelbagai lagu bermain di benak fikiran. Setiap kali dia menenung cd lagu itu. Setiap kali lah bait-bait lagu itu kedengaran. Seolah-olah ada permain cd di buah fikirannya.

Pandangannya terkunci pada satu cd lagu itu. Farra… Seolah menggamit sebuah memori. Lantas terus dibelinya.

Tanpa lengah dia menuju ke kereta Myvi yang baru sebulan dibeli. Memasukkan cd lagu itu dalam permain cdnya. Dipejam matanya dan terus menghayati…

Tanpa sedari air mata nya mengalir… Terkenangkan peristiwa yang berlaku di saat-saat lagu itu popular pada zaman itu. Kisah cinta dan pengharapan. Cerita pengorbanan dan kesetiaan. Apakah ini realiti atau pun fantasi semata, bisik hatinya kala mata tercelik…


Leave a comment

Categories