Posted by: Shal Mad | September 21, 2011

Pak Long – Berbaju Kurung Kebaya. (Lirik dan pengertian)hehe

Pak Long – Berbaju Kurung Kebaya

Baju kurung dan kebaya
Pakaian Tradisi Kita
Gadis-Gadis di Malaysia
Jangan Lupa Pusaka Ibunda

Biar maju indah rasa
Supaya kita janganlah lupa
Takkan jemu
Jangan bimbang
Pasti suka pasti ayu indah di pandang

Oh manisnya
Oh manisnya
Berbaju kurung kebaya.
Oh manisnya
Oh manisnya
Berbaju kurung kebaya.

Bila berjalan Ia melenggang
membuat hati pemuda tak senang

Oh manisnya
Oh manisnya
Berbaju kurung kebaya.
Oh manisnya
Oh manisnya
Berbaju kurung kebaya.

Bila berjalan Ia melenggang
Membuat hati pemuda tak senang
Ingin menghantar wakil meminang
Sikit-sikit tak ber’uang
cukup-cukup bayar hutang
Hanya jadi gila bayang

haaaaa……

Oh manisnya
Oh manisnya
Berbaju kurung kebaya.
Oh manisnya
Oh manisnya
Berbaju kurung kebaya.

Bila berjalan Ia melenggang
Membuat hati pemuda tak senang
Ingin menghantar wakil meminang
Sikit-sikit tak ber’uang
cukup-cukup bayar hutang
Hanya jadi gila bayang

Haaaaaaaa…. Haaaaaaa…. Haaaaaaa
Haaaaaaaaa aaaaa Berbaju Kurung Kebaya

Haaaaaaaa…. Haaaaaaa…. Haaaaaaa
Berbaju Kurung Kebaya

haaaa aaa aaaa berbaju kurung kebaya

Kredit to Pak Long N’ Youtube : Upload by = KBM7729

Serius awek yang hot atau hodoh atau pun muke plain je. Tak kira la awek tuh macam mana kan. Kalau berbaju kebaya ataupun berbaju kurung. Aku tetap pandang tiga pat kali gak… huhuhu Thumbs Up Pak Long…!!!!

Posted by: Shal Mad | September 10, 2011

Ejen Risik (?)

Shuib memerhatikan jam yang tergantung pada pergelangan tangannya. Puas hati dengan apa yang dilihatnya. Dia memandang kehadapan. Cuaca pada pagi itu sungguh tenang. Dua tiga orang tua berlegar-legar di hadapan bangunan wisma. Seorang pengawal keselamatan menjalankan tugas sambil mate meliar kekiri dan kanan. Setiap orang yang melintasinya akan ditatap atas kebawah berulang kali.

Shuib berada betul-betul di hadapan pintu masuk Wisma itu. Di hadapan Wisma itu terdapat sebuah kerusi. Memang ditempatkan di hadapan bangunan Wisma itu. Dan di situ lah Shuib duduk sambil memerhatikan suasana dan dia mengamati. Sambil tersenyum.

Dua orang kanak-kanak ketawa ria. Diawasi oleh orang tua mereka di belakang. Memantau dari jauh.

Kenderaan yang lalu lalang tidak sesak.
Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Riuh rendah suara manusia di tahap sederhana.

Shuib kembali memerhatikan Jam yang tergantung pada pergelangannya.
Pengawal keselamatan masih menjalankan tugasnya.
Dua tiga orang tua masih berlegar-legar di hadapan bangunan Wisma.

Posted by: Shal Mad | September 2, 2011

Pejuang jalanan

“Weh, weh, Pak Tam datang, Pak Tam datang. Berdiri tegak”
“Owf….”

“Hmm, macam mana keadaan malam ni, John?”
“Semua dalam keadaan terkawal, Pak Tam,”
“Ye Pak Tam, cuma…..”
“Cuma apa ?”
“Cuma ¬†Geng Bintik semalam telah mencuba masuk kawasan kita Pak Tam,”
“Celaka betul Geng Bintik ni. Dah beri betis hendak paha pula. Tak cukup ke kawasan yang aku berikan…?”
“Ye Pak Tam, kalau kami tak hormat kat Pak Tam dah teruk diorang kami kerjakan,”
“Dah, dah jangan nak cakap besar kat depan aku, nanti aku pergi slowtalk dengan mereka. gau-orang buat kerja gau-orang elok-elok. Jangan menggedik sana sini,”
“Baik Pak Tam.!!!”

“Hail Pak Tam,”
“Oit, ngan aku askar jerman ke ?”
“Hehehe, gurau skit pun tak boleh la Pak Tam ni,”
“Sudah la dengan gurauan murahan gau-orang, ni ape kes aku dengar nie…?”
“Erk, Kes apa Pak Tam ? Kami tak ada rogol mana-mana dara…?”
“Bodoh, Ape kes gau-orang masuk kawan Geng Tompok…?”
“Oooo pasai tu ka Pak Tam, ngat apa tadi…”
“Hangguk gau,”
“Hehe bukan apa Pak Tam, kami dengar tempat Geng Tompok ada barang baik, kami saja usha….”

“Oi polis, polis…. Blah blah cepat..!”
“Celaka betul la, Kacau stim aku nak borak, ok Pak Tam, kita blah dulu.”
“Ok, jumpe tempat biasa,”

Malam, kedinginan yang mencengkam tulang putih. Sayup-sayup kedengaran kenderaan berdesir membelah malam. Angin sesekali menyinggah. Membawa berita bersama bau yang kurang enak dirasai. Terdiam seorang pemuda di sebuah kedai makan masakan mamak.

Aku melihat di antara kegelapan malam dan keterangan lampu neon jalan. Samar-samar kelihatan suasana di jalanan. Penuh dengan satu ketakjuban. Mempunyai cerita di antara cerita. Dan drama yang baru saja aku tontoni.

Peristiwa itu sentiasa terjadi antara sedar dan tidak. Kita melihat tanpa mempedulikannya. Dan aku pemerhati dengan cerita tersendiri.

Abang kawasan atau Pak Tam ada dimana-mana sahaja. Dan kadang-kadang kita benci melihatnya. Menyampah, dan sering kita lakukan perkara-perkara yang kejam dan zalim.

Pak Tam seekora anjing hitam yang sasa tubuhnya. Mencari makan dengan mengawal kawasan yang dibahagikan mengikut rakan-rakan yang dia temui. Kita ? Adakah serendah itu martabat kita…

Posted by: Shal Mad | July 12, 2011

Buta

“Aduh, sakitnya mata,”
“Oi, jangan gosok,”
“Lorh, kenapa?”
“Karang makin teruk, basuh guna air ni,”
“Ok, Thanks,”

Cuaca sungguh dingin. Di tengah-tengah kota. Menjadi saksi. Kelibat manusia. Kucar-kacir. Sesak. Lebih sesak dari hari-hari biasa. Dimana kawan. Sahabat. Penegak keadilan. Hero. Musuh. Kaum berlainan. Warna kulit berlainan. Susuk tubuh berlawanan. Yang gelap. Yang cerah. Sesiapa pun engkau. Aku. Dia. Tidak kenal. Tidak mengenali satu sama lain. Namun…..

“Kami mahukan pembaharuan…!!!”
“Kami mahukan Keadilan…!!!”
“Kami inginkan kesaksamaan…!!!”
“Kami kesakitan…!!!”

Ya’Allah. Sebak aku melihat mereka.
Aku ? Di rumah. Melihat televisyen. Sebak, melihat Berita di internet. Sebak,

“Menyusahkan rakyat betul Perhimpunan ni.” Satu status dari rakan Facebook.
“Baik duduk rumah tidur, Apa aku peduli,’ Rakan Facebook yang lain.
“Risaunya aku dengan Perhimpunan tu.” Antara status rakan Facebook.

Cuak, takut, benci, bodoh, bangsat, dan macam-macam lagi tohmahan yang aku baca dan dengar. Tapi setakat mana pengertian Perhimpunan tersebut ? Sejauh mana anda tahu perjuangan mereka ? Adakah anda sahaja rakyat ? Dan mereka itu jenis tidak reti bersyukur ? Aku seorang yang tidak reti bersyukur ?
Cukup…
Orang tersebut memukul anaknya. Kita kata zalim.
Orang tersebut meninggalkan keluarganya keluar tiga hari. Kita kata dayus.
Orang tersebut mencari rezeki menyapu sampah. Kita kata selekeh.
Jadi adakah kita buta ?

Buta mata. Itu kelebihan. Buta hati. Itu parah….!!!
Ya’Allah.
Berikanlah petunjuk pada mereka-mereka rakan-rakanku.
Ya’Allah.
Ampunkan lah dosa-dosa rakan-rakanku.
Ya’Allah.
Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui dan Tuhan Sekalian Alam.

T.T Setiap kali ku baca, melihat aktikel video yang berkaitan dengan Perhimpunan itu. Sebak di dada.
Dan janganlah kami terus-terusan buta hati kami…..

Posted by: Shal Mad | May 1, 2011

Kak Rozie

Pada petang yang menawan. Angin bersepoi-sepoi bahasa. Hangat petang yang merangsangkan nafsu untuk bermandi-manda di kolam renang, sambil mencuci mata. Riuh rendah pelajar untuk tidak sabar pulang ke rumah atau lepak dengan rakan-rakan. Mungkin ada juga tidak sabar berjumpa dengan mata air melakukan sesuatu yang tidak patut kita tahu.

Seorang wanita. Berpangkat mak-mak penuh mekap di mukanya. Berjalan tergedik-gedik. Dengan senyuman…. sedikit menggoda. Bertemankan tahi lalat bawah bibir sebelah kiri. Menuju meja penjualan Berger. Berlenggang-lenggang penuh goncangan.

“Panas ye harini, dik?” Tegur wanita itu dengan keramahan yang melampau.
“Ye kak, Biasa ar malaysia” Antara acuh tidak acuh jawapku.

Aku lihat dari atas kebawah. Berulang kali. “Lawa” Getus hatiku. Tapi…. Sedikit, menjengkelkan… Huh!

“Berger kak ?”
“Hmmm… Boleh jugak,”

Bodoh jugak… Hanya dalam hatiku.

“Spesel ke biasa, kak ?”
“Apa beza dik?”
“Spesel tambah telur”
“Ok, Kasi tiga, bungkus ek”

Mana ada berger orang tak bungkus…. Tergelak hatiku, kecil.

“Tunggu anak ke, kak ?” Saja berbasa-basi.
“Ye, Anak akak form 4 sorang, form 3 sorang. Pandai-pandai anak akak tuh, sebab tuh akak bawak masuk sekolah ni. Sekolah ini je yang bagus tau. Ramai budak2 pandai daripada sekolah ni la. Akak tau la,”

Huh, amenda beliau ngarut ni…… Layan saja

“Semua nak sos cili, sos mayonis, sos lada hitam dan sayur tak, kak ?”
“Bagilah semua. Lebih la…”
“Ok, ma’am,” Senyuman itu penting…

“Anak -anak akak ni baik tau. Rajin pula tu. Kat rumah tak pernah la tengok diorang melepak saja. Mesti ada sahaja benda diorang nak buat. Macam-macam, kekadang sampai tak terlayan akak,”
“Owh, akak kerja apa ek ? Suka saya tengok akak, bergaya ” Dengan gaya tangan di dada, mata ke atas dalam bentuk imajinasi.
“Akak adalah berlakon satu dua cerita. Adik tak pernah tengok muka akak ke ?”
“Sorry la akak, saya kurang tengok tivi ni,” Yela tu….

“Tapi akak takut budak-budak sekolah sekarang ni. Ganas-ganas dik, ada ja berita-berita tunjuk kes buli la,pukul orang la, Cikgu pun tak boleh caya sangat. Ikutkan jadual akak yang padat ni, memang susah akak nak jemput anak-anak akak. Tapi risau punya pasal. Akak datang juga.”

Huh, jadi ? Apa masalahnya…..?

“Anak Akak ni nampak lemah je. Orang cakap apa…? Bahan buli ? Itu la dia… Akak kekadang risau juga. Boleh ke dia jaga diri dia? Boleh ke mama dia takda. Isk, taknak akak hantar dia sekolah jauh-jauh dik. Risau… ”

“Erk, Ni berger dia kak. Siap dah. Tujuh ringgit dua kupang ja. ” Dengan senyuman yang pasti tertawan.
“Hmmm, nah. Simpan baki dia, ”
“Ok, Terima Kasih kak. Kalau sedap datang lagi. Kalau tak sedap itu tak mungkin,” Dengan senyuman loya buruk.
“hehehe,”

Serentak dengan itu. Anak-anak Akak pun sudah sampai. Wanita tersebut senyum dan melambai. Aku cuba membalas dengan senyuman. Tangan ku sebuk memaling-malingkan daging berger.

Yang membingungkan otak geliga ku ini. Apa gila orang nak buli anak-anak akak tersebut. Muka gagah perkasa, badan mantap laksana peninju. Senyuman tidak pernah kelihatan. Oh, Mereka-mereka ini yang selalu buli budak belikan makanan untuk mereka. Oh, semalam mereka kena pukul dengan budak yang mereka selalu buli. Isk isk isk, Dunia-dunia…~

Posted by: Shal Mad | April 9, 2011

Dalam itu.

Penakut!!!!

Entah kenapa aku berasa resah. Lena ku diganggu. Hingga membikin jiwa meracau-racau. Kenapa ? Apakah salah aku ? Dimanakah ego aku ? Oh, aku cuba rendahkan ego dengan membiarkan nafsu berleter sendirian. Jadi iman aku pun sepi merajuk sendirian. Hmmm Kosong ? Jiwa aku penuh dengan kekosongan….

Hujan panas membasahi jalan raya yang penuh dengan keresahan para pengguna jalan. Ada yang bercakap dengan telefon bimbit. Ada yang bergurau senda dengan penumpang. Ada yang bermuram. Ada yang tersengih sendiri. Ada yang melayan perasaan berlebih-lebihan.

Di antara ramai-ramai itu. Seorang pemuda berjaket biru memaksa kenderaan beroda dua dia memecut merentasi jalan raya tersebut. Panasnya hujan tidak dia peduli. Pipinya lebih panas. Sengaja dia membuka weezer helmetnya. Membiar hujan membasahi wajahnya. Melindungi panasnya air mata.

“Kita tidak layak bersama,”
“Awak terlalu baik,”
“Sori, saya sudah berpunya,”
“Not my taste,”
“…… BODOH…..”

Dia sudah terbiasa dengan tolakan. Dan biasa dengan penghinaan. Juga biasa dengan tomahan. Dan sudah lali dengan perangai-perangai hodoh manusia-manusia yang rendah martabat. Kerana dia sedar. Bukan dia yang tidak layak. Namun manusia yang rendah martabat ini yang tersangatlah tidak sesuai membawa zuriatnya. Kerana dia yakin dia sesuatu yang besar. Tetapi,

Tetapi kenapa hati ini sakit. Sakit setiap kali tidak berupaya. Sedih setiap kali putus. Hingga menyebabkan dia geram. Dan langsung mempermainkan permainan yang dicipta mereka. Dalam diam. Dalam senyuman. Dia pendam……

Dia pendam. Dia cuba pendam namun akhirnya. Akhirnya ia kelihatan juga. Tiada lagi. Takkan ada lagi. Itu hanyalah dusta. Walaupun dia gagah di hadapan. Namun jiwanya sering keseorangan. Hatinya sentiasa satu. Apa ? Apa lagi yang ingin dia katakan ? Tiada seorang pun yang layak untuk dia. Dan dia. Tiada yang satupun dia ingin menjadikan pembawa zuriat agungnya. Maka biarlah. Biarlah mereka dengan kebodohan mereka. Racau hatinya.

Setelah aku menulis semua ini. Aku semakin resah. Seolah-olah ada yang memerhatikan di belakang aku. Apakah ? Kenapa pandang-pandang ? Dimana aku berada ? Adakah tulisan ini satu realiti ? Atau hanya mimikan sahaja. Aku tidak tahu. Aku hanya menulis kerana aku ingin menulis. Mungkin tiada kena-mengena dengan aku langsung. Huh, mungkin……..

Posted by: Shal Mad | April 6, 2011

Kasut Kulit Hitam

Sekadar Hiasan

Irfan telah lambat menuju ke tempat pencarian rezeki beliau. Suasana amat kelam kabut sekali. Di tambah dengan kesesakan lalu lintas Kuala Lumpur menggamatkan lagi suasana riuh lalu lintas. Kereta potong memotong tanpa pedulinya garis putus atau garisan kembar.

Irfan risau akan majikannya yang garang mengalahkan singa bunting. Pantang silap sikit. Alamatnya maki dan hamun menyinggah telinga kecilnya. Motosikal yang ditunggangnya cermat memotong dan menglanggar lampu merah. Dalam kes darurat ini. Bukannya orang ambil kisah sangat pun. Kalau dia kemalangan pun. Orang pertama yang dia akan salahkan dah tentunya majikan dia.

Namun, sepanjang perjalanan dia menuju destinasi. Orang ramai memberikan satu pandangan yang pelik dan cuak. Ada kereta dengan sopan memberi Irfan laluan. Ada motosikal yang cuba memotong terus melupakan niat murni tersebut. Pabila dia melanggar lampu merah pun. Orang ramai menunjukkan eksprasi jelik. Namun tidak melakukan apa-apa pun.

Sesampai ja tempat meletak motosikalnya. Irfan mengunci dengan menggunakan 5 buah solek. Dan memastikan motosikalnya benar-benar selamat dan memeningkan pencuri kenderaan beroda dua tersebut.

Irfan melangkah dengan penuh keagongan. Rambut dibiarkan ditiupi angin. Langkah demi langkah tersusun. Menyeksa para gadis memerhatikan beliau dengan penuh ketakjuban.

Berbaju jaket. Berseluar slack hitam. Berkasutkan kulit hitam. Lagak seolah-olah inspektor. Tidak inspektor pun mungkin jua prebet. Mahu pun ada juga ciri-ciri seorang diktator.

Kasut hitam yang baru sahaja Irfan menggosoknya semalam. Umpama cermin di pagi hari. Menyilaukan mata yang memandang. Membuat orang berasa cuak berdekatan dengan Irfan.

Irfan tersenyum bangga. Sebangga bangla yang bangsat. Oh bangla itu tidak bangsat. Yang bangsat orang yang bangga dengan kebangsatan yang amat bangsat sahaja.

Tidak lokek senyuman bangsat Irfan tersebut. Lantak la, bukan pembaca dapat lihat pun senyuman bangsat itu.

Mesti pembaca tertanya-tanya. Kerja apa Irfan itu. Sangat berlagak dengan lagak seorang jaguh tidak pernah kalah dalam apa-apa pertandingan. Tapi bukannya ada apa pun.

Irfan melangkah masuk ke pejabatnya. Silap, pejabat majikannya. Majikannya telah menahan muka amarahnya. Hingga kelihatan merah sekali. Merah menyala. Umpama api membakar rumah api. Sudahlah, cukup dengan metafora tersebut.

Majikan pun mula menghamburkan kata-kata maki, kesat dan segala yang mungkin tidak sesuai untuk pembaca membacanya. Namun disingkatkan supaya pembaca tahu apa perkerjaan Irfan.

“Apasal kamu lewat ? Kamu ingat lipas ngan semut tunggu kamu ? Kamu ingat tikus akan lepak rilek jerk kalau kamu tidak jalankan tugas ? Bila orang sudah amanahkan kamu kerja. Buatlah betul-betul. Asyik lambat jerk. Balik nak cepat. Gaji banyak pun kerja cam nie. Apa kena dengan kamu……”

Sebenarnya banyak lagi yang Majikan Mrs. Boss memaki Irfan. Tapi elok la penulis tulis sampai sana sahaja. Tak sanggup penulis untuk menulis benda-benda kotor sebegini.

Namun Irfan tetap tersenyum. Sambil memandang kasut kulit hitamnya. Yang berkilat laksana cermin yang menyinar.

Posted by: Shal Mad | April 5, 2011

Perkara yang memalukan.

Sekadar Hiasan

Lupi sendiri tidak sedar dan tahu menahu. Apakah sebab mengapakah dia berada dalam situasi sekarang ini. Perkara yang amat membuatkan orang berasa lucu dan aneh.

Lupi cuba mengingati kesan-kesan yang dialaminya. Cuba melihat-lihat pada gambaran-gambaran sejarah sejenak lalu. Namun yang kelihatan hanya ruang kosong. Tiada apa. Seolah masa bergerak tanpa pedulikan Lupi. Terus membawa dia ke situasi demikian.

Pada hadapan Lupi berdirinya seorang wanita. Memandangnya dengan senyuman. Menghina. Kiri dan kanan wanita itu terpegunnya seorang kanak-kanak lelaki dan seorang gadis. Berpimpinan tangan wanita itu. Tapi apakah sebabnya dia memandang Lupi sedemikian ? Mengapakah keadaan ia mesti begitu ?

Lupi berpaling ke arah lain. Mencuba melihat yang baik-baik sahaja. Namun sekelilingnya hanya kosong. Tiada yang menarik perhatiannya. Lupi berasa sebak di dada. Mahu sahaja dia membasahi pipinya dengan air mata. Namun hati kerasnya cuba mengentalkan perasaan itu. Dia buat tidak peduli akan perasaannya. Dengan berwajah tiada berperasaan dia bangkit.

Dengan berwajah tiada berperasaan dia bangun dari duduknya. Dia membalas senyuman wanita itu. Dan gadis genit bersama lelaki kecil itu berderai ketawa mereka. Mengejek-ejek pada Lupi. Lupi tersengih-sengih sambil tangan menggaru kepala yang tidak gatal itu. Wanita itu menghulur tangan pada Lupi. Lupi menyambut dengan hati yang tenang.

Lupi menyambut dengan hati yang tenang. Bersama perasaan yang berbelah bagi.Gadis genit dan lelaki itu masih gelakkan Lupi. Dan wanita itu tersenyum sambil menegur gadis genit dengan lelaki kecil tersebut.

“Apala abang ni, macam nangka busuk tau, Hahaha” Kata gadis genit itu.

Lupi mengosok-gosok kepalanya. Dan menyapu-sapu punggungnya. Dia baru teringat kembali.

Sambil tersenyum dia memimpin tangan wanita itu. Dan berjalan terus meninggalkan tempat jatuhannya.

Ditoleh kebelakang. Melihat kepada penulis(dan pembaca). Lupi berkata “Apa tengok-tengok? Lu ada tak…???

Posted by: Shal Mad | April 4, 2011

Nama dia Sabarudin

Sabarudin berjalan tenang menuju kehadapan. Kerana beliau berjalan kehadapan. Mesti la beliau maju ke hadapan. Destinasinya ? Entah kemana. Dia hanya reti menuju kehadapan sahaja. Tanpa kenal mengundur atau membelok. Oh, itu tipu. Kerana sekarang ini destinasinya menanti di hujung perjalanan beliau.

Semangatnya seorang jurujualan siaran langsung mempromosi barangan-barangan keluaran syarikat beliau memaksa Sabarudin untuk menyinggah. Namun hero kita tidak mempedulikan godaan Juru jualan siaran langsung profesional itu. Bagi Sabarudin. Juru jualan langsung itu umpama station satelit berbayar Astro. Tidak munasabah. Dan sentiasa berulang. Apa ingat Jurujualan langsung itu putus asa ka ? Ya, dia sudah tidak mampu mencabar kesabaran Sabarudin hendaknya.

Jadi hero kita meneruskan perjalanan. Untuk berjuang ? Untuk membuktikan kebenaran ? Untuk apa ? Itu misteri antara penulis dan Sabarudin. Mungkin juga Penulis sendiri pun tidak tahu. Tapi itu bukannya penghabis cerita. Cerita ini harus habis di mana Sabarudin berjaya menemui penamat pada perjalanannya.

Jadi kita teruskan mengikut Sabarudin menuju ke destinasi beliau.

Sering kali Sabarudin diusik awek-awek genit. Jurujual siaran langsung. Tukang sapu sampah. Mat despatch. Tukang kebun. Tukang baiki telefon. Namun sesekali juga Sabarudin tidak menyerah kalah. Sabarudin tetap bersabar menuju destinasi. Iaitu kemuncak cerita ini. Apa yang menarik tentang destinasi ini ? Hanya penulis dan Sabarudin sahaja yang tahu akan misteri ini. Dan kita harus paksa diri untuk melihat destinasi Sabarudin.

Kini Sabarudin telah sampai di suatu persimpangan. Antara hidup dan mati. Apakah tindakan Sabarudin hendaknya ? Apakah mahu sabarudin perginya ? Apakah pilihan ada pada Sabarudin ? Mungkin pembaca akan tertanya sendiri. Atau pembaca sendiri sudah bosan dengan Sabarudin yang mempunyai kesabaran yang tinggi ini. Mungkin penulis pun seperti Sabarudin yang masih dalam persimpangan ? Mungkin itu satu kebarangkalian. Tapi apakah pilihan Sabarudin ? Patah balik bukan pilihan….

Sabarudin telah memilih jalan yang paling sesuai dengan beliau. Walau apa pembaca hendak katakan. Walau apa pembaca merasakan kepelikannya. Sabarudin tetap memilih jalan yang lurus. Terus kehadapan. Menuj ke destinasi beliau.

Halangan kini berbentuk palang berbelang-belang merah dan putih. Dengan kesabaran yang amat tinggi. Sabarudin melanggar sahaja. Halangan berbentuk batu sebesar bukit. Sabarudin sambil senyum memanjat batu yang kerek tersebut. Halangan dari sebatang sungai. Sabarudin berlagak dengan aksi tarzan melintasi sungai tersebut. Halangan yang laju.  Lebuhraya Besraya. Sabarudin melakukan summersault secara bertubi-tubi. Segala halangan seperti itu bagaikan permainan tadika untuk Sabarudin.

Sabarudin masih terus berjalan…….
(Bersambung)

Posted by: Shal Mad | March 27, 2011

66Tahun keamanan.

66 tahun dahulu. Masihkah kita ingat apa yang berlaku. Adakah kita rasai apa yang berlaku. Tidak. Sekarang yang umur bawah dari 66 tahun tidak merasa. Tapi cuba kita fikir sejenak. Mungkinkah kita akan merasai apa yang mereka-mereka hidup 66 tahun dahulu rasakan ?

Aku sering kali terfikir. Apa akan terjadi sekiranya dunia ini menjadi medan perang terbesar sekali lagi. Manusia-manusia gila merebut kekuasaan melalui pembunuhan besar-besaran. Yang mereka sebut-sebutkan perjuangan murni. Tiada murni bagi aku. Tiada apa yang patut kita banggakan dengan membunuh ayah kepada seorang budak. Anak kepada sebuah keluarga. Saudara kepada saudara yang lain. Apakah nyata kecetekan akal seseorang itu ?

Namun jika tanah air yang kita duduki sekarang ini ditimpa peperangan. Kemana agaknya kita ? Apakah yang kita lakukan ? Di manakah pejuang-pejuang kita ? Siapakah kita ?
Kenapa soalan akhir itu dinyatakan ? Fikirkan kembali. Adakah kita ini turut berjuang menjadi seorang pembunuh dengan niat yang murni ? Atau kita menjadi orang yang bijak melarikan diri, menyembunyikan kebaculan ?

Andai terjadinya peperangan. Di manakah aku ?
Andai terjadinya peperangan. Siapakah aku ?
Andai terjadinya peperangan. Apakah sebab aku berjuang ?
Andai terjadinya peperangan. Mengapa harus kita berbunuhan ?
Andai terjadinya peperangan. Bolehkah aku……….?

Peperangan itu pasti akan terjadi. Jangan tanya aku kenapa, aku bukan ahli nujum. Manusia mempunyai kegilaan yang bermacam-macam. Mempunyai pandangan yang berlainan. Jadi kita akan berperang. Di satu masa nanti. Siapa tahu…?

Dey macha. Lu mau bercerita ka mo main CS ? Ayoyo, ini semayang punya worang laa…

« Newer Posts - Older Posts »

Categories