Posted by: Shal Mad | May 1, 2011

Kak Rozie

Pada petang yang menawan. Angin bersepoi-sepoi bahasa. Hangat petang yang merangsangkan nafsu untuk bermandi-manda di kolam renang, sambil mencuci mata. Riuh rendah pelajar untuk tidak sabar pulang ke rumah atau lepak dengan rakan-rakan. Mungkin ada juga tidak sabar berjumpa dengan mata air melakukan sesuatu yang tidak patut kita tahu.

Seorang wanita. Berpangkat mak-mak penuh mekap di mukanya. Berjalan tergedik-gedik. Dengan senyuman…. sedikit menggoda. Bertemankan tahi lalat bawah bibir sebelah kiri. Menuju meja penjualan Berger. Berlenggang-lenggang penuh goncangan.

“Panas ye harini, dik?” Tegur wanita itu dengan keramahan yang melampau.
“Ye kak, Biasa ar malaysia” Antara acuh tidak acuh jawapku.

Aku lihat dari atas kebawah. Berulang kali. “Lawa” Getus hatiku. Tapi…. Sedikit, menjengkelkan… Huh!

“Berger kak ?”
“Hmmm… Boleh jugak,”

Bodoh jugak… Hanya dalam hatiku.

“Spesel ke biasa, kak ?”
“Apa beza dik?”
“Spesel tambah telur”
“Ok, Kasi tiga, bungkus ek”

Mana ada berger orang tak bungkus…. Tergelak hatiku, kecil.

“Tunggu anak ke, kak ?” Saja berbasa-basi.
“Ye, Anak akak form 4 sorang, form 3 sorang. Pandai-pandai anak akak tuh, sebab tuh akak bawak masuk sekolah ni. Sekolah ini je yang bagus tau. Ramai budak2 pandai daripada sekolah ni la. Akak tau la,”

Huh, amenda beliau ngarut ni…… Layan saja

“Semua nak sos cili, sos mayonis, sos lada hitam dan sayur tak, kak ?”
“Bagilah semua. Lebih la…”
“Ok, ma’am,” Senyuman itu penting…

“Anak -anak akak ni baik tau. Rajin pula tu. Kat rumah tak pernah la tengok diorang melepak saja. Mesti ada sahaja benda diorang nak buat. Macam-macam, kekadang sampai tak terlayan akak,”
“Owh, akak kerja apa ek ? Suka saya tengok akak, bergaya ” Dengan gaya tangan di dada, mata ke atas dalam bentuk imajinasi.
“Akak adalah berlakon satu dua cerita. Adik tak pernah tengok muka akak ke ?”
“Sorry la akak, saya kurang tengok tivi ni,” Yela tu….

“Tapi akak takut budak-budak sekolah sekarang ni. Ganas-ganas dik, ada ja berita-berita tunjuk kes buli la,pukul orang la, Cikgu pun tak boleh caya sangat. Ikutkan jadual akak yang padat ni, memang susah akak nak jemput anak-anak akak. Tapi risau punya pasal. Akak datang juga.”

Huh, jadi ? Apa masalahnya…..?

“Anak Akak ni nampak lemah je. Orang cakap apa…? Bahan buli ? Itu la dia… Akak kekadang risau juga. Boleh ke dia jaga diri dia? Boleh ke mama dia takda. Isk, taknak akak hantar dia sekolah jauh-jauh dik. Risau… ”

“Erk, Ni berger dia kak. Siap dah. Tujuh ringgit dua kupang ja. ” Dengan senyuman yang pasti tertawan.
“Hmmm, nah. Simpan baki dia, ”
“Ok, Terima Kasih kak. Kalau sedap datang lagi. Kalau tak sedap itu tak mungkin,” Dengan senyuman loya buruk.
“hehehe,”

Serentak dengan itu. Anak-anak Akak pun sudah sampai. Wanita tersebut senyum dan melambai. Aku cuba membalas dengan senyuman. Tangan ku sebuk memaling-malingkan daging berger.

Yang membingungkan otak geliga ku ini. Apa gila orang nak buli anak-anak akak tersebut. Muka gagah perkasa, badan mantap laksana peninju. Senyuman tidak pernah kelihatan. Oh, Mereka-mereka ini yang selalu buli budak belikan makanan untuk mereka. Oh, semalam mereka kena pukul dengan budak yang mereka selalu buli. Isk isk isk, Dunia-dunia…~

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: