Posted by: Shal Mad | March 15, 2011

Pilihan di hati.

Mata kita sungguh unik. Tidak mungkin sama dengan yang lain. Pandangan kita. Penglihatan kita. Berbeza mungkin. Serupa, juga satu kemungkinan. Jadi tidak salah kalau kita boleh katakan ada di antara berbilion-billion manusia di muka bumi ini mempunyai pandangan yang sama dengan kita.

Namun, masih ada yang berlainan dengan kita. Jadi jangan pula kita menidakkan kewujudan mereka. Pandangan mereka. Dan perasaan mereka. Kita haruslah mempunyai rasa hormat akan mereka. Mungkin yang mereka kata itu bernas. Mungkin pilihan mereka itu lebih baik. Tapi kalau kita sudah tidak mempunyai minat. Kenapa harus kita ikuti juga ?

Aku tiada minat yang khursus. Kadang-kala aku minat yang besar. Mungkin juga yang kecil. Tapi yang cantik aku akan pandang juga. Yang buruk pun boleh jadi. Yang berseri penawar hati. Yang pudar menambah sepi. Yang cerah pembuka mata. Yang malap pembawa senyuman. Yang penuh dengan kata-kata membuang kebosanan. Yang sepi peneman diri.

Jadi aku sentiasa suka mencuba sesuatu yang baru. Walaupun jauh aku pergi. Atau di mana saja aku menemui ia. Ia sentiasa menarik perhatian aku.

Pertama kali aku melihatnya pasti senyuman terukir. Namun setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan perpisahan itu sering kali mengundang air mata. Walaupun hati tabah menerima hakikat. Kenangan lalu tetap tersemat.

Yang penting kita jujur pada diri. Biarlah apa orang ingin katakan. Biarlah apa orang fikirkan. Manusia mempunyai pandangan masing masing. Siapa kita untuk menidakkan kewujudan mereka ? Namun harus kita ingat. Dalam berbillion-billion manusia di muka bumi ini. Pasti ada yang mempunyai pandangan yang serupa dengan kita…….

“Sei la lu… Lu ingat ini kedai baju pentas ar ? Mo cakap itu cakap ini. Sikalang lu mo angkat ini baju ka tamo ? Jangan buang masa gua la tailo….”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: