Posted by: Shal Mad | January 24, 2011

Jam Nadi

Dua puluh tahun dahulu.
Sekujur tubuh terbaring kaki di kaki lima. Menjadi tanda tanya. Di mana datangnya mayat itu. Siapakah yang membunuhnya. Siapakah mangsanya. Apakah yang menyebabkan ia terbaring di sana. Persoalan-persoalan itu terbiar tanpa ada jawapan. Seolah-olah cerita yang basi dibangkitkan semula. Kemudian dibiarkan ia kembali sepi.

 

 

Noran melihat jam tangannya. Berulang kali. Seolah-olah tidak berpuas hati dengan masa yang diberikan. Berkali-kali dia mengetuk jamnya. Keluhan pendek kedengaran. Di kaki lima itu dia berdiri. Tidak berganjak. Sambil melihat-lihat akan jam tangannya. Keluhan demi keluhan kedengaran.

Lalu sekumpulan remaja. Berbaju jersi. Luas. Memakai topi bertulis NY,KL,HipHop. Berseluar jeans labuh. Sambil berjalan terhingguk-hingguk. Dengan slang bahasa yang kurang kemelayuan.

Noran tersenyum dari jauh. Menunggu kumpulan itu berjalan ke arah dia. Dia berasa lega.

Apabila kumpulan itu menghampiri Noran. Dengan tergesa-gesa dia ingin bertanyakan soalan. Untuk membetulkan detik jam tangannya. Namun hampa, kumpulan itu langsung tidak mempedulikan Noran.

Dari jauh Noran melihat. Kali ini dengan berwajah sugul. Kecewa akan remaja sekarang yang tidak mempedulikan mangsa seperti dia. Apa salahnya beritahu dia akan masa sahaja. Apa salahnya senyum kepada dia. Apa salah nya….???

Jam pada tangannya masih menunjukkan angka 4 dan 12. Menandakan masih pukul 4. Sedangkan hari telahpun gelap. Dia risau. Dan berasa tidak selesa. Semakin dia mengelabah bertanyakan masa pada orang yang lalu-lalang.

Namun tiada seorang pun yang mempedulikannya. Dirinya seolah dilanda amuk. Ingin sekali dia memarahi mereka yang tidak pedulikannya. Dia tidak tahu mana silapnya. Masa semakin berganda, detik demi detik berganti, hari semakin suram. Dan terasa seolah ingin menangis. Pedulilah kalau ada yang gelakkan dia. Peduli kalau ada yang pelik dengan dia. Janji dia tahu akan masanya. Jam dia tidak rosak. Cuma sedikit pelik pada Noran.

Seorang pemuda. Berkemeja petak-petak. Memakai seluar jeans lusuh. Berkasut jazz-star. Rambut sedikit kusut. Berkaca mata. Berjalan lesu. Ke arah Noran.

Tapi bagi Noran mungkin pemuda ini penyelamatnya. Mungkin dia lah petunjuk ke jalan yang benar. Mungkin pemuda ini lah orang yang dicari selama ini. Ya, sebarang kemungkinan itu tidak harus dia lepaskan. Segalanya mungkin…!

Dengan lemah lembut Noran memberi salam.
Dengan harapan pemuda itu membalasnya.

Hanya keluhan dari pemuda itu kedengaran. Noran sedikit kecewa. Seolah pemuda itu seperti orang-orang yang lain.

“Nak apa bang?”

Noran kembali bersemangat. Tersenyum lantas menunjukkan jam tangannya pada remaja itu.

“Kenapa?”
“Jam abang rosak, pukul berapa sekarang dik…?”

Pemuda itu menyeluk kocek seluarnya. Dengan tenang dan penuh bergaya dia mengeluarkan seketul kotak. Dilihat dengan penuh teliti.

“9:15 bang,”

Noran lantas membetulkan jam tangannya. Dan dipakainya. Jarum jam itu bergerak. Sedetik demi sedetik. Noran seolah-olah ingin meloncat kegembiraan. Dia tidak lagi risau akan masa. Dia tidak akan lewat pada temu janjinya malam itu. Tersenyum-senyum megah…!

Jam pada tangannya telah pun hidup kembali. Masa Noran telah kembali. Dan masa sekeliling seolah-olah berhenti dan bersorak untuk dia. Dengan pelahan dia memandang kembali ke depan.

Sunyi. Sepi. Kosong….

Pemuda itu seolah ghaib dihadapan dia. Hilang tanpa sempat Noran mengucapkan terima kasih. Hilang tanpa Noran tahu akan nama penyelamatnya itu. Ditoleh kanan dan kiri. Juga tiada kelibat pemuda itu.

Noran menjadi muyskil. Bulu roma dia meremang. Dia tersenyum tawar. Melangkah ke ruang yang lain…..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: