Posted by: Shal Mad | December 15, 2010

Lagak Orang Muda

Ini adalah kisah benar. Yang sering terjadi di sekeliling kita. Antara kita sedar atau tidak. Antara kita nampak atau tidak. Itu tidak penting. Yang penting ia sering terjadi di sekeliling kita.

Tempat : Warung Mamak tepi Jalan.
Masa : Tak pasti. Tapi malam.
Sasaran : Dua Orang Pemuda senget.

Keadaan bingit. Ditambahkan suara orang berborak umpama melalak. Tukang masak mengetuk kuali. Tikus menari-nari. lampu pudar kurang vitamin. Warung mamak itu meriah dengan suasananya. Walaupun pelanggannya tidak seramai mana. Tapi sentiasa tidak putus berganti.

Seorang pemuda. Bertopi besball. Berbaju singlet. Berseluar suku. Berselipar Asadi. Menikmati hidangan yang dipesannya dengan penuh berselera sekali. Bagaikan hidangan itu merupakan hidangannya yang terakhir. Setiap suapan itu dinikmatinya dengan penuh keasyikkan. Tanpa rasa bersalah mengunyah ia.

Namun.

Kesedapannya itu terganggu. Apabila seorang pemuda duduk di belakangnya. Berborak sakan. Tanpa mempedulikan dia yang sedang menikmati hidangannya. Pemuda itu kelihatan ganas dengan tatu di lengan. Parut di hidung. Berbaju singlet. Dan tone suaranya sengaja dibesar-besarkan. Mulut yang busuk. Berkaca mata di malam hari. Semata-mata untuk kelihatan kejam.

Pemuda yang bertopi besball itu rasa sungguh tidak selesa. Lalu bangun dan berpaling ke belakang. Dengan perlahan tangan dia menepuk bahu pemuda bertatu itu. Sungguh gagah skali gayanya. Dan pemuda bertatu itu berpaling kepada dia. Dan membalas renungan pemuda bertopi besball itu.

“Apahal?”
“Oit Pu…….”

>Segala perbualan mereka terpaksa kami padamkan. Kerana mengandungi carutan yang tidak difahami dan perkataan yang kurang disenangi.<

Sementara itu. Dari kejauhan kelihatan orang tua berpakaian lusuh. Bertongkat. Jalannya amat perlahan. Bergetar-getar dia melangkah. Sambil menyanyikan lagu Sudirman – Hidup Sederhana. Dua tiga motosikal melintasi warung itu. Tidak pedulikan apa yang sedang dan akan berlaku.

Angin meniup kemas memaksa tubuh memeluk dingin. Awan mendung kelihatan langit tiada berbintang. Lampu neon kurang bervitamin malap-malap tapi tiada mahunya padam. Nasi maintain di pinggan mengundang perasaan suka ria lipas-lipas. Tikus masih menari-nari tarian salsa. Dan orang tua berpakaian lusuh itu masih berketar-ketar langkahnya. Lagu A ramlee – Dara Pujaan pula yang didendangkan oleh beliau.

Orang tua itu melintasi Warung Mamak tersebut.

Kelihatan pemuda dua orang itu masih bergaduh. Tapi tiada bertumbuk. Masih mencarut dalam tone yang kejap tinggi dan sindiran yang maha hebat.

Orang tua itu terus berjalan. Membelah gelap malam sambil menyanyikan lagu Bahtera Merdeka.

Advertisements

Responses

  1. Kelakar tapi ada maksud hmm…boleh lah spot ayat ayat yang lain daripada karya org lain…no wonder posted as “Kritif”. Atau aku terlalu kuno??hahaha….

  2. best lah. reminds me of my deleted blog. LOL


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: