Tiga minggu lepas. Aku sama kawan-kawan aku telah mengabdikan diri untuk menjayakan sebuah teater. Walaupun peranan kami tidak lah agung amat. Tapi tanpa kami dan kita, benda itu tidak akan sesempurna jadual. Jadi kami dan mereka(mungkin) amat berterima kasih akan segala kehadiran kami dan kita.
Dalam tempoh dua minggu itu juga. Banyak yang aku pelajari. Nikmati, dan paling aku tak boleh lupa telatah choned. Begitu hebat dia mengejar dan berusaha atas nama cinta. Hmmm, mungkin satu hari nanti aku tuliskan cerita beliau. Tak harus aku lupakan ini. Tapi keseluruhan peristiwa-peristiwa ini satu pengalaman yang amat berharga. Walaupun aku jualnya pun orang tak mahu beli. Tapi hati aku terus menegaskan betapa berharganya kisah itu.
Sekarang, setelah tamat sudah pementasan itu. Aku kembali pada cerita asal. Dan berusaha atas nama ‘seni’ untuk menghasilkan sebuah atau dua buah cerita. Urgh, Idea sentiasa ada. Kenapa malas argh? Perlu ada cikgu untuk menyuruh aku buat agaknya…. Hmm, Biarkanlah….
Itu sahaja kot yang harus aku coretkan.. Dah tentu la aku tulis nie semata tak mahu blog nie mati. Lantak lah~ Janji aku seronok…. Hahahaha, Erk…
Dah la…
Leave a Reply