Posted by: Shal Mad | November 26, 2010

Mencari jawapan.

Dalam suasana gelap yang memendap. Kaki ku melangkah menuju ke hadapan. Menuju ke ruang ketidakpastian. Mencari suatu erti. Mengenal sebuah misteri. Mencipta sebuah hakiki. Menitip jauh di hati. Apa yang ada ? Apa yang timbul ? Apa yang pasti akan muncul ? Kita hidup dalam ketidak-sedaran. Tapi itu yang mengindahkan cerita-reka kita.

“Awak, cantik sungguh awak ini hari,”
“Terima kasih,”
“Kasih diterima,”

Beralun-alun lagu berkumandang. Suasana permai desa di benak hati. Kehidupan yang berputar-putar.

Sebuah bas menuju laju. Laju ke destinasi yang dituju. Pengharapan selamat dan tepat pada masanya. Sedang seorang remaja mengelamun jauh. Mencipta sebuah cerita.

“Kita sama, tapi tidak serupa,”
“Hahaha… Maksud awak ?”
“Kita mempunyai perwatakan yang sama, tapi kita berbeza pada banyak perkara,”
“Jadi itu kita punya aura yang sama?”
“Ya… hahahaha!”

Remaja itu perlahan mengeluarkan nota dan alat tulisnya. Sambil mencari inspirasi dia menggigit belakang pensilnya. Jauh dia termenung.

“Adakah kita akan berjumpa lagi?”
“Dunia ini kecil sahaja, kita mungkin akan kembali ke tempat asal,”
“Hahaha, saya suka sikap optimis awak,”

Bas itu membelah gelap malam. Kedinginan memeluk remaja itu. Yang terus hanyut dibawa perasaan. Pena telah lama menari-nari atas dada kertas. Garisan demi garisan bersambung. Mencipta sesuatu imej. Imej akan ingatan. Ingatan pada sesuatu. Ingatan yang tidak mampu dia buang jauh.

“Mungkin aku telah salah langkah…. Aku seorang pengalah….” Sendirian dia berkata.

<Bersambung>

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: