Posted by: Shal Mad | November 25, 2010

Aryana

Sudah tiga hari berturut-turut aku melihat wajahnya. Dia seorang artis. Adik kepada seorang artis yang terkenal. Dan anak kepada seorang pengajar yang terkenal. Orangnya kecik, sekali pandang seperti budak sekolah rendah. Walaupun umurnya telahpun 15tahun. Aku senang dengan sikapnya. Seorang yang tenang, ramah, dan sentiasa mempunyai riak wajah tidak bersalah. Sungguh manis!

Seperti mana rakan-rakan aku melihat aku. Ya, aku bukanlah seorang yang pemalu dan penyegan. Pendiam itu hanyalah topeng semata-mata. Aku seorang yang ego dan melulu! Namun aku tahu timur dan barat. Tinggi dan rendah. Terang dan gelap. Dan perasaan aku itu yang membuka hijab aku bila mengenali seseorang.

Dan, sudah tiga hari berturut-turut aku mempermainkan dia, memperlihatkan wajah garang yang dibuat-buat oleh aku. Memarahi dia tanpa sebarang sebab. Semata-mata hendak menampakkan aku di matanya. Tapi seperti yang aku khabarkan tadi. Aku sentiasa nampak perasaan orang. Apa yang aku lakukan itu seolah-olah dia semakin benci aku. Dan itu membuatkan aku lagi bertambah senang. Kerana aku tahu akan tinggi dan rendah kami duduk.

Dia seorang artis. Mungkin akan menjadi biduanita. Maka aku hanyalah penulis yang masih meleleh hingus yang dilapkan pada kertas tulisan aku. Dan aku tidak pernah harapkan apa-apa dari gadis-gadis. Walaupun aku minat. Walaupun aku jatuh cinta padanya.

“Hoi budak kecik!”
“Hmmm…?”
“Stage tengah gelap ni, ko duduk diam-diam sudahlah!”
“Ala, macam i tak nampak jalan….”
“Degil!”

Tapi dalam tidak sedar aku melihatnya. Aku bertanya pada kawan-kawannya. Dan aku mengambil kisahnya. Sungguh stalker diri ini!

“Hmmm, Kau bawak rakan ek?”
“Ye….”
“Korang sebaya ek?”
“Ahha…?”
“Haha, tapi kenapa…..”
“SHUT UP!”

Wajahnya aku minat. Punyai pelbagai varasi. Sepertimana kakaknya, seorang pelakon handalan. Pandai membawa watak. Tidak kiralah wajah apa yang dia tampilkan. Aku gemar. Cuma…. Hanya satu wajah yang aku tunggu-tunggu tidak pernah aku lihat. Dia sentiasa tersenyum. Gembira. Bergelak tawa. Tapi seolah-olah ketawanya kosong. Tiada berisi.

Aku ingin melihat senyumannya itu berisi. Yang bisa membuat orang tersenyum seminggu lamanya bila teringatkan senyumannya itu. Aku ingin melihat tawanya penuh kesukaan dalam hati. Aku ingin dia ikhlas dalam memberi air muka wujud dalam hatinya.

<Bersambung>

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: