Posted by: Shal Mad | June 27, 2010

Sekian

Akhirnya. Aku telah memperolehi. Kerja tetap ? Mungkin. Kalau aku baik-baik saja. Baru sahaja habis satu bulan aku kerja di bangi. Sebuah kilang elektronik terkenal. Jenama yang datang dari jepun.

Tapi satu persatu aku rasa nyesal mahu sahaja berhenti. Kerana adanya alasan-alasan yang terlintas difikiran. Argh persetankan semua itu! Cuma, sedikit sebanyak bila aku terkenangkan selama tiga tahun itu. Aku cuba bersabar dan tabahkan diri.

Saat-saat seronok dan leka aku semasa tiga tahun ini membuatkan aku terasa amatlah rindu. Berkhemah, bersukan, meronda-ronda, lepak sampai dinihari, membuat kerja parttime dan sebagainya. Betul-betul membuatkan aku seronok.

Sekarang. Aku paksa diri aku untuk menjadi lebih bertanggungjawap. Walaupun tiada lagi gadis yang mengetuk hati ini. Tidak mungkin ada… kot ? Aku cuba menjadi anak yang mampu menolong ibu bapanya. Aku cuba untuk berdikari. Aku cuba mengapai impian. Sampai bila tidak ku pasti. Tapi aku harap penyakit lama aku tidak datang. Yakni jemu dan bosan. Tambah pula perisa malas. Maka sudahnya aku merempat lagi. Sampai bila tidak ku pasti…

Namun sebabkan tiada masa untuk aku mencari ilham. Sabtu dan ahad aku lebihkan masa untuk merehatkan diri dengan lena. Dan hari-hari lain aku kerja seperti robot. Makanya otak aku pun menjadi robot. Oleh itu aku sudah tiada lagi idea untuk menulis. Jangan lah merajok. Mungkin aku akan tulis entry seperti robot. Mungkin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: