Posted by: Shal Mad | June 24, 2010

Mari berlari

Aku berlari. Andai aku berlari. Dan aku terus berlari. Hingga bila tidak aku pasti. Tapi yang pastinya aku sentiasa berlari. Tiada henti. Sampai di simpang, aku berlari lagi. Sampai di hujung tebing. Aku patah kembali dan terus berlari. Ada sekatan jalan di hadapan. Tapi aku terus berlari. Anjing mengejar dari belakang. Lari aku semakin laju. Dan aku terus berlari. Hingga bila tidak aku pasti. Tapi yang pastinya aku sentiasa berlari.

Perasaannya. Enak. Gementar. Semput. Angin meniup melawan aku. Matahari ingin menahan aku dengan panasnya. Hujan menimpa seolah memperlahankan rentak aku. Dan aku terus berlari. Hingga bila tidak aku pasti. Yang pastinya aku sentiasa berlari.

Ramai yang mengejar dari belakang. Yang mengejar dari hadapan tiada kelihatan pula. Dan yang mengejar dari belakang menyuruh aku berhenti. Meminta aku berehat. Merayu agar aku menoleh dan pegun seketika. Mereka berlari mengejar. Dan aku terus berlari. Hingga bila tidak aku pasti. Yang pastinya aku sentiasa berlari.

Sambil aku berlari. Ada yang sempat tanyakan soalan-soalan pelik. Hingga aku tidak ada jawapannya. Mereka bertanya : ” Mengapa anda berlari ?” Dan ” Anda lari dari siapa ? ” Dan ” Bilakah anda berhenti berlari ? ” Dan juga ” Sudah berapa lama anda berlari ? ” Dan ” Anda tidak penatkah berlari ?” Dan juga jika aku ingat pasti aku tulis semula. Tapi apakan daya. Aku harus berlari. Dan aku terus berlari. Hingga bila tidak aku pasti. Yang pastinya aku sentiasa berlari.

Mungkin esok. Mungkin lagi seminit. Mungkin juga selama-lamanya. Aku akan juga berhenti. Sampai bila aku tak tahu. Dan aku terus berlari. Hingga bila tidak aku pasti. Yang pastinya aku sentiasa berlari.

Dan sampai sekarang aku masih tidak faham.
Apa yang harus aku fahamkan ?
Kenapa harus aku berlari. Apa yang membuatkan aku berlari. Dimana penghujungnya.
Dan aku terus berlari. Hingga bila tidak aku pasti. Yang pastinya aku sentiasa berlari.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: