Posted by: Shal Mad | March 27, 2010

Sudi atau rela

“Maafkan saya. Boleh saudari kira sekali meja sebelah?”
“Boleh Encik…..”

“Erm, siapa mamat sebelah ni, Aen ?”
“Ntah, tapi dia dah blanja, rugi pulak aku tak balun tadi. Tak tau pulak rezeki datang bergolek ini hari,”
“Ah… Engkau dengan makan engkau sahaja. Mana la tak comel badan kau,”
“Hehehe….”

Setelah melunaskan bayaran. Akap beredar dengan muka yang sungguh bergaya. Fikirnya tentu dia berjaya menawan dengan sikapnya yang murah hati itu. Fikirnya yang diiringi dengan harapan. Harapan dengan taktik baru yang dipelajarinya.

“Aku pelik la Aen,”
“Apa yang kau pelik. Orang nak belanja. Kita terima sajalah,”
“Tak ada la. Apa sebab dia buat macam tuh ek ?”
“Aduh kau ni, kalau aku kata lembap marah. Dia syok kat kau la tuh..!”
“Ish kau ni…. Tapi hensem jugak mamat tuh kan.?”
“Eh eh, ada hati juga kau ni kan…”
“Ala, saja jual mahal…”
“Gatal…”
HihihihiE~

“Arep, lain kali keluar tuh, bawak la kad nama. Senang…!”
“Apa yang senang Kap?”
“Senang cari makan….”
Hahahahaha~

“Arep, kalau kau singgah kedai makan #-######, kem salam kat awek ******* tau…?”
“Salam je? Hari tuh bukan main belanja?”
“Ala, itu ja mampu… Hehehe~”
“Ye la, tengok la kalau ada rezeki…”
“Thank….”

Hari itu, pelanggan tak berapa nak ramai. Hari itu, peniagaan tak berapa nak meriah. Hari itu, angin tak berapa nak kencang. Hari itu, hujan tak berapa nak singgah. Hari itu, malam tak berapa nak dingin. Hari itu, aku masih duduk sendirian. Sambil makan nasi. Sambil minum Neskafe Tarik. Sambil layan Pall Mall. Sambil memerhatikan persekitaran. Sambil hanyut dengan lagu-lagu jiwa-jiwa.

Aku terus memerhati. Tiada siapa. Yang aku cari? Yang aku tunggu? Tidak muncul-muncul. Sepi. Seperti hari hari yang sudah. Bosan.

Hari itu tidak berapa meriah. Angin tidak berapa kencang. Hujan tak berapa nak singgah. Malam tak berapa nak dingin. Aku masih duduk sendirian. Dengan hati yang amat dingin. Itu hari…..

“Akap, dia tak da la pulak,”
“Aiseh man… Tak da rezeki la nie…”
Hahahaha~

Advertisements

Responses

  1. besh~tp pendek sgt~sambung la lg~ =p

  2. ehem2…….leh thn……….full story kan best…..:-)

  3. Kalo full story meleret sgt… jd membosankan,
    baiklah kalau buat cerita sekerat. Suspen itu mesti


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: