Posted by: Shal Mad | February 13, 2010

22Tahun 6Bulan dan 1 hari.

Semuanya telah nyata. Siapa dan milik siapa. Aku tak kesah. Biarkan aku sepi dan sunyi seperti ini. Biarkan awan berarak. Angin bertiup dari utara ke timur. Biarkan bisikan-bisikan itu terus menghantui diri ini. Hinggakan aku terbayang-bayang wajah yang pernah aku kasihi dulu.

Esok? Siapa kesah. Aku terus menerus membuat onak dan dosa. Sakit. Iman aku semakin terseksa. Jiwa turut menangis. Aku ? Masih seperti itu. Yang engkau kenal dari dahulu hingga dahulu. Cuma. Pinta aku berlebihan. Celik ku luas. Hingga engkau terasa rimas.

Tolong…. Aku hanya meminta. Diri ini ? Siapa yang melihat ? Siapa yang inginkan aku ? Ada. Tapi aku tidak hargainya. Aku. Melihat… Tapi aku buta. Kini aku terseksa. Walaupun berteman dahulu. Aku tetap terseksa. Nafsu dan akal sering berbalah. Siapa yang menang ? Tanyalah iman.

Ingin. Semua inginkan kebahagian. Dengan sedikit kekecewaan. Aku sudah lali dengan kecewa. Semua inginkan kesenangan. Dengan sedikit kepayahan. Aku sudah lali dengan susah. Malas. Aku sudah malas nak berteriak lagi. Aku hanya mampu memerhati sambil tersenyum. Kelat.

Jangan cuba berkata cinta jika tiada dalam hati. Cubalah belajar sayang kepada orang yang menyayangi kamu. Terasa. Sungguh aku terasa. Namun, tiada guna. Aku sayang kamu. Terlampau sayang sehingga aku tinggalkan engkau. Mengertikah ? Aku harapkan tidak ! Kerana engkau terlalu bencikan aku. HINGGA MATI..! itu kata kamu. Aku tidak mampu. Sudah !

Berbelah bahagi kini. Kini. Di dalam persimpangan. Jalan yang mana harus aku ikut. Sedangkan penghujung yang aku lihat sama. Jalan mana yang tidak sakit ? Sedangkan semua berliku. Aku tidak mahu berhenti disini. Menanti keadaan yang tidak pasti. Walaupun jalan itu terpampar di hadapan. Berganding solo amat meletihkan.

Jika diberi pilihan. Jika ada yang sudi. Yang manis. Yang memahami. Yang jujur. Yang pendorong. Yang membantu. Yang menasihati. Yang tangis kerana aku. Yang penyuluh gelapku. Yang kasihkan jiwa aku. Yang seiring selangkah. Mahukah berpimpin tangan teraju masa hadapan ? Yang tidak pasti takdirnya. Yang sukar ditangani. Yang perlukan hati yang kukuh. Perlukah aku tangisi seorang lagi ?

Aku harap mereka semua bahagia. Aku doa agar panjang jodohnya. Aku gembira jika aku masih diingati. Aku sedih dan cemburu mereka bersama. Namun apa daya. Diri ini lemah. Hanya mampu tersenyum. Kelat.

Terima kasih atas semuanya. Pengalaman itu amat berharga. Aku harap engkau teruskan melupa. Kerana telah aku padam kenangan kita bersama.

Advertisements

Responses

  1. sodih den baco…..;-(
    pape pn kan,,….
    …kenangan tetap jd kenangan…..
    xkan trulang walau hati tlalu m’inginkn…..

  2. Hahahaha…. Sedih ek… X sangka ada gak org yang paham,
    Eden sondri ngak pahem…~


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: