Posted by: Shal Mad | January 23, 2010

Posisi Sisi Penjuru

Kadang Kala
Kadang kala kita terlupa. Kadang kala kita zalim. Kadang kala kita salah erti. Kadang kala kita penipu. Kadang kala kita bersembunyi. Kadang kala kita lari dari realiti. Kadang kala kita mencari sepi. Kadang kala kita leka. Kadang kala kita berubah. Kadang kala kita takut. Kadang kala kita mengalir air mata. Kadang kala tanpa sebab. Kadang kala itu yang orang selalu pertikaikan. Bukan selalu. Dan Kadang kala itu yang kita cukup menyampah. Tanpa sedar kadang kala itu juga ia berlaku. Dan kadang kala. Hanya aku sahaja yang tahu. Kadang kala.

Barangkali
Barangkali kita begitu. Barangkali kita lupa. Barangkali kita sesat. Barangkali kita gila. Barangkali kita sakit. Barangkali kita terjebak. Barangkali kita suka. Barangkali kita benci. Barangkali kita payah. Barangkali kita takut. Barangkali. Juga hanya satu dugaan yang tiada sasaran. Seolah-olah kita hebat. Kita tau segala-galanya. Barangkali itu kononnya menunjukkan semuanya. Barangkali aku betul.

Sememangnya
Sememangnya kita bodoh. Sememangnya kita hanyut. Sememangnya kita degil. Sememangnya kita tipu. Sememangnya kita hebat. Sememangnya kita kuat. Sememangnya kita berlagak. Sememangnya kita lah kita. Sememangnya itu betul. Tepat, dan tulus. Ikhlas dalam hati kata orang. Sememangnya tidak semestinya. Kita tahu tidak bermaksud kita betul. Kita betul tidak bermaksud benar. Ada sesuatu dalam sesuatu. Ada penyebab yang mengakibatkan.

Selalunya
Selalunya kita tepat. Selalunya kita betul. Selalunya kita hebat. Selalunya kita bodoh. Selalunya kita karat. Selalunya kita leka. Selalunya kita haprak. Selalunya itu hanya sepintas lalu yang orang akan kenang sampai ke kubur. Selalunya bila kita bercakap orang hanya mendengar apa yang dia mahu dengar. Dan selalu itu bukan keadaan di mana kita rasa lama. Dia datang sekejap tapi kesannya lama. Selalunya aku betul. Dan betul itu bukan benar.

Bukan
Bukan kita yang gila. Bukan kita yang buat. Bukan kita yang pandai. Bukan kita yang hebat. Bukan kita yang zalim. Bukan kita yang gelap. Bukan kita yang jahat. Bukan kita yang alim. Bukan kita yang benar. Bukan kita yang lemah. Bukan kita yang terkena. Bukan itu satu menafian yang mesti. Dan penafian itu salah satu pengakuan. Kita cuba merendah diri tapi kita angkat diri. Bila terdesak kita nafikannya. Bukan aku yang pintar. Tapi aku cerdik.

Diam

Diam

Diam

Diam

Diam

Bukankah selalunya orang yang pintar dan bijak itu sememangnya pendiam dan kadang kala kata-katanya itu barangkali mendatangkan marah?

Advertisements

Responses

  1. hahaha nampak sangat takde idea nak tulis ape kesiann

  2. Bukan la bro…
    Idea aku berselirat macam ayat-ayat di atas…
    Muerkekeke


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: