Posted by: Shal Mad | December 14, 2009

Forward Aiming Miracle (Bapak ku Seorang Pengganas)

“Bapak tak akan benarkan lagi kau bermain di padang, Huh! Pelajaran langsung tak peka, apa nak jadi dengan kau ini har?!!” Bentak bapak ku. Marah, bengis dan ganas sekali aku lihat.

Terpaksa aku pekakkan telinga, kiranya dalam seminggu ini. Dah jadi rutin bagi ku mendengar ceramah-ceramah dari bapak aku ini. Asyik-asyik benda yang sama. Asyik-asyik bandingkan aku dengan abang-abang aku yang lain. Jadi pomen bagus la, jadi mekgeve bagus la. Apa masalahnya idola aku Contona? Ronaldo? Zidane? Marcello?

“Dah, dah, aku nak tengok esok engkau melekat di rumah petang-petang! Jangan sampai kau makan tongkat sakti abah kau ni!!” Bukan sekali aku dengar amaran ni. Tapi minat mengatasi segalanya.

“Ad, petang ni macam biasa kat padang”
“Erm, siapa ada Mat?”
“Ala budak-budak kita saja,”
“Malaslah aku, tak da kemajuan…”
“Isk kau ni, jangan cakap camtuh. Cam ni sebenarnya, Karim gengster Kampung sebelah tuh ajak lawan, kalah bakar boot!”
“Hurm, menarik…. Ok aku set jerk!”
“Orait, jumpa kau kat padang,”
“Pukul lima kan?”
“Har… Bawa jersi lama kita tuh,”

Petang yang dijanjikan, Aku ngan team aku dah siap panaskan badan berlari keliling kampung. Bola Karim sponsor. Team kami fakir amat. Jersi pun cop sendiri. Guna Maker Pen. Buat Nombor.

“Oi Mat!” Lagak Karim umpama manager Liverpool.
“Ye Karim?” Mat yang amat berendah diri sentiasa. Aku sekadar diam sahaja.
“Jangan lupa bet kita!” Laung karim, sambil perhatikan aku dengan muka bengis.

Pelik aku dengan budak Karim ni, sudah empat tahun kisah berlalu. Masih dia menyimpan dendam aku sepak muka dia dulu. Bukan aku sengaja pun.

Fwwwiittt!

Perlawanan bermula. Pengadil yang entah dari mana muncul telah mengadili perlawanan yang kelihatan berat sebelah. Banyak kekasaran dilakukan oleh team karim dibutakan sahaja mata sepet dia. Janjan apalah yang Karim belanja apek ni.

Bermula minit pertama, serangan demi serangan Team karim lakukan. Hinggakan barisan pertahanan kami sedikit kelelahan. Kalau latihan intensif yang kami lakukan ini bertaraf Olimpik, dah tentu tak jadi masalah padang kampung ini kami redah. Nak buat macam mana, umor masing-masing baru kenal jawi. Akhil baligh pun belum tentu.

Namun serangan kami juga tidak serapuh mana. Berterbangan juga Keeper Karim menyelamatkan gawang. Aku yang ketika itu menjadi sayap kiri pasukan langsung tidak boleh berganjak ke hadapan. Asyik dikawal ketat sahaja. Bola kiriman aku terbantut setengah jalan. Ali kelihatan merah kepala botaknya.

Hinggalah tamat separuh awal.

“Ad, Susah camni beb. Aku ada satu saja boot ni. Itu pun boot getah” Halim memecah sepi.
“Ntah Ad, engkau la yang selalu mencipta ruang time-time terdesak ni,” Harun pulak menambah baik punya.

Beban yang aku rasa macam bermain untuk mewakili bawah 12 tahun Kampung Ria sahaja. Juga untuk menyelamatkan Boot-Boot rakanku.

Prrrrrwwwwitttt

Apa kejadahlah bunyi wisel sumbang ni.

Kali ini aku bermain slow and steady dulu. Kalau separuh akhir pertama aku duduk di atas sahaja.Dan banyak menumpukan pada serangan sahaja. Kali ini biar kita bermain counter Attacking. Aku duduk bawah dahulu. Mungkin dengan kelajuan aku boleh mebolosi kebuntuan. Mungkin.

Serangan demi serangan team karim lakukan. Dan pertahanan mereka agak baik! Tapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk tidak membakar kasut bola kami. Kami bertahan umpama argentina.

Ali selaku penyerang kami. Kerap kali dikasari. Memang aku rancang dia sentiasa berada di atas. Ada peranan yang aku hendak dia mainkan.

Pada minit entah ke berapa. Peluang yang aku cari telah tiba. Masa telah sampai. Dan itulah saatnya. Ali seakan faham dengan permainan aku. Telah lambatkan larian untuk kekal di belakang aku. Sementara sayap kanan aku seiring dengan ku.

Tiba di pintu gol, lorongan cantik dari Adnan kepada Dini. Dini mempermainkan penjaga gol dan melepaskan diri daripada dua orang pertahanan. Dan rembetannya terkena palang. Oh, rupanya penyerang Kampung Ria telah lama menanti bola muntah itu. DAN GOOOLLL!!!!

Satu jaringan yang cantik dari Ali. Sukar untuk membayangkannya.

Kesudahan perlawanan itu, berakhir dengan kasut bola kami terselamat dari dibakar. Dan Karim dengan bongkaknya melupakan janji-janjinya terus menghilang. Di saat kami meraikan kemenangan kami. Di satu sudut padang, kelihatan seorang tua bermuka bengis di atas sebuah motor toreh getah.

Alamak…. BAPAK AKU!!!

Dan malam itu menjadi sejarah ‘tongkat sakti abah kau’ menyapa badanku yang sekeping ini. Dan menjadi sejarah juga menang bet kasut aku dibakar, bersama-sama jersi buruk aku.

Namun ia tidak semangat aku. Yang masih kental dan setia dengan permainan bola sepak ini.

Advertisements

Responses

  1. pengaruh sukan SEA kah ini???
    apapun, idea kau best……..
    cerita ni memikat hati aku………
    teruskan……
    teruskan……
    teruskan……

  2. Idea nie dtg sebelum sukan sea lagi wehh…
    well thx for komen-komen citer nie..
    buatkan aku semangat nak sambung nie..
    hehhehe


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: