Posted by: Shal Mad | December 13, 2009

Forward Aiming Miracle (Sebuah tauladan impian)

Aku sentiasa sukakannya. Sentiasa gila-gilakannya. Tak kira pagi, mahupun petang. Membawa ke malam, aku sentiasa bersama dengannya. Sekiranya satu hari aku tidak bersama dengannya. Angau aku menjadi. Gila aku memuncak. Dan baran tidak tentu pasal. Bola sepak, akan aku cipta impian dengan mu….

Ia bermula semasa aku berada di darjah dua. Di mana rakan-rakanku bermain sepak-sepak di padang. Sebiji bola getah berwarna hitam dan putih disepak-sepak tidak tentu hala. Menyebabkan bola itu bergolek merata-rata. Walaupun yang bermain itu ramai orangnya. Tapi hanya satu biji bola sahaja yang direbut. Dan mereka berebut terus berebut. Aku menjadi pelik, pelik akan muka mereka yang keriangan.

Dan padang itu kemudian diambil alih. Abang-abang yang lebih taiko dari kami terus menggantikan tempat rakan-rakan aku tadi. Dan aku boleh lihat, secara teratur, secara ganas, dan juga…. Pelik. Aku masih pelik, kenapa orang yang lebih dewasa dari rakan aku tadi keriangan merebut satu biji bola? Masakan itu mungkin…

Sedang orang dewasa bermain bola bagi mereka seperti pro yang main. Sedang rakan-rakan aku tadi rehat-rehat sambil melihat abang-abang taiko bermain bola. Nun di hujung padang seorang budak yang tidak dikenali bermain bola seorang diri.

Aku ingin mencuba-cuba. Dengan ramah tamah aku memintanya bola. Ku cuba menyepak-nyepak. Meniru perbuatan rakan-rakan ku tadi.

“Woi!”

Huh, siapa yang kurang ajar sangat tu?

“Suka hati je kau orang main bola aku he, mahal bapak aku beli tau,”

Cis, bukan dia yang beli pun. Bapak dia juga yang beli.

“Woi, pekak ke? Dah la kaki bangku, pekak pulak tu… Aku kata bak sini bola aku…”

Huh, bola jebun ni rupanya. La, mana mamat tadi tuh? cis….

Memang aku berani masa tuh. Berani dalam hati aje. Kalau aku jenis ringan mulut. Memang lancang ja, tapi entah sebab apa aku lebih suka berani dalam hati. Mungkin didikan orang tua aku yang tidak mahu kerana mulut badan binasa agaknya.

“Apa lagi, bagi la bodoh!”

Dan memang aku tak reti lagi erti passing, Lob, shoot, dan bagai-bagai.

Dump!

Sunyi seketika.

Dan sampai sekarang aku tidak boleh lupakan peristiwa tersebut. Bayangkan satu padang usha aku sorang.

“Wuaaaahhhhhhh…! Kasi tau bapak kita.”

Ya, budak darjah dua mana tau apa-apa. Secara tidak langsung aku terus mencabutkan diri.

Bersambung

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: