Posted by: Shal Mad | November 22, 2009

Cinta Rimba (Kampung Pendalaman)

Tepat pukul 5 atau lebih. Kami kemengahan. Berpeluh satu hal. Mandi hujan satu hal. Pakaian yang kami pakai, terkoyak oleh onar. Terpalit oleh lumpur. Bau-bau yang kami bawa tidaklah seharum mana. Tapi bau itu yang kami sukakan. Puas dan seronok dalam satu masa.

Tiba di perkampungan yang dikatakan. Kami terlihat beberapa pemimpin kami. Beberapa abang-abang kelana. Penduduk sana yang kesah tidak pada hujan. Seronok terpana pada wajah mereka. Hujan rahmat! Hujan rahmat!

Adam cadangkan kami melapor diri dahulu. Kemudian dengar arahan dari pemimpin.

“Patrol Pacat. Bagus, kamu adalah patrol yang paling awal. Tapi kenapa tidak berhenti? Bukankah bahaya kamu merentasi hujan lebat tadi?”
“Maafkan kami Tuan, kami berpendapat bahawa lagi bahaya kalau kami tunggu tadi. Mana tau sampai ke malam,” Terang Arif.

Sebenarnya kami takut juga akan keputusan Arif. Namun Adam pun menyokong dia. Dan mereka lebih berpengalaman. Kami turutkan.

“Baiklah. Patrol Pacat, Tahniah. Malam ini kamu akan bermalam di sini. Kamu akan ditempatkan dengan keluarga orang sini. Jangan bimbang mereka ramah tamah. Dan malam ini mereka ada pesta keramaian. Saya berharap agar kamu dapat sertai. Dan mampu membuat persembahan. Pukul 1830 nanti kami akan tempatkan kamu sekarang berehatlah dan kalau boleh cucikan diri dahulu,” Panjang terang Tuan Latip. Ketua Pemimpin Pengakap Remaja sekolah kami.

Arif tersenyum, perkataan persembahan dan pesta memang kegemaran dia. Nampaknya emosi ketika hujan dia padam. Ajid dan Farid letih namun puas di wajah mereka ketara. Esok bagaimana?

“Esok petang kamu akan berangkat menaiki bas, bersedialah.”
“Baik Tuan, Terima kasih tuan,”

Hujan yang tadi lebat semakin reda. Seolah puas menangis lantang. Sekarang pula seakan memujuk. Angin yang mengamuk kian surut. Dan membelai-belai lembut anak-anak adam. Pohon-pohon menari keletihan. Tanah yang merah makin nampak lopak tinggalan. Matahari masih gagah mencari ruang. Untuk menerangi pemandangan permai itu.

Pukul 1800 kebanyakan Patrol telah tiba di titik penamat. Tinggal satu dua lagi. Pemimpin-pemimpin dan ahli kelana menjalankan kewajiban mereka. Ada yang memujuk, ada yang merawat, duka di luar badan dan di dalam. Ada yang sibuk. Ada yang buat-buat sebuk. Dan ada juga yang terus memerhati.

“Arif, apa idea kau malam ni?” Tanya Ammar tidak sabar.
“Hehehe, mesti kau orang suka punya,”
“Hek eleh mamat ni, orang tanya elok-elok dia buat suspen pulak,”Ajid pulak mencelah, nyata dia pun tidak sabar.

Sesungguhnya kepala otak gila-gila Arif boleh dipakai waktu ini. Farid lebih bimbangkan rumah family yang mereka duduki. Adam sudah hilang entah kemana. Mungkin jumpa abang kelana, mungkin juga jumpa mata air dia. mungkin.

“Kau orang rasa keluarga angkat kita nanti macam-mana ek?” Farid tiba-tiba mencelah.
“Aku pun takut juga farid,”
“Kau orang dua ni cuak lebih la. Mana ada lagi puak kanibal kat sini,” Seloroh Ammar. Ya, mereka memang tengah dalam perasaan puas dan seronok masa sekarang.
“Bukan itu yang aku takutkan, tapi boleh ke kita sesuai nanti,” Farid meluahkan kebimbangan dia.
“Farid, Man, korang dua jangan risau la. Aku rasa orang kat sini ramah tamah,” Ajid cuba memujuk.
“Betul tu. Tadi aku ngan Ajid meronda kat kampung ni. Pergh, awek dia boleh tahan kot,”

Arif….. ceh,

“Hampeh,” Serentak empat sahabat itu.

Cuaca ribut tadi telah pun reda. Hanya dingin masih terasa. Kumpulan patrol yang ada pun lengkap sudah.

“Berita baik kawan-kawan, aku dah jumpa ahli keluarga angkat kita. Lepas Tuan Latip bagi taklimat. Kita terus pergi rumah beliau,” Adam tiba-tiba muncul entah kemana.
“Erk… macam mana orang nya?” Risau Farid.
“Baik, ramah, dan ada muka macam Cikgu Thalib,” Terang Adam.
“Wah, Kalau baik macam Cikgu Thalib bagus la,” Ajid mencelah.
“Ye kan… Kalau macam Cikgu Thalib, boleh la best friend ngan Ajid.” Ammar pula menambah.
“Hahahaha,” Serentak mereka gelak.

“Erk… Ada anak lawo dok?” Tanya Arif tiba-tiba.
“Ceh, apa punya soalan da…” Ammar menyakat.
“Engkau ni tak abis-abis ngan awek je ar!” Ajid pula memarahi Arif.
“Hahahaha,” Man, Farid masih gelak.
“Baiklah, erm… Perhatian! Baik, Sekarang kita akan memberi taklimat kepada anda semua. Dipersilakan Ketua Pemimpin kita, Tuan Latip.” Tiba-tiba Kelana Fikar bersuara.

Panjang taklimat Tuan Latip. Tapi nasib baik aku sempat mencatitkan yang penting dalam taklimat beliau. Esok kami akan belajar cara hidup mereka sedikit. Dan belajar ilmu memukat mereka. Dan malam ini ada malam kebudayaan dan pesta keramaian. Kami akan berpesta! Hahaha…

Selepas itu, kami terus berjumpa dengan ‘Cikgu Thalib’. Beliau sungguh ramah. Betul kata Tuan Latip dan Adam tadi. Dan nama beliau pun bermula dengan ‘T’ juga. Tamin. Panggil Tok Min sahaja. Salah seorang yang disegani di kampung tersebut.

Keluarga Tok Min pun ramah, anak-anak beliau dah besar-besar. Dan sudah mempunyai anak masing-masing. Namun masih harmoni duduk bersama. Dan kami tiba-tiba teringatkan keluarga kami dirumah. Walaupun tidak sebesar mereka. Namun…

Argh, buat apa nak ingatkan rumah. Sekarang rumah aku di sini. Biar aku terubat di sini dahulu.

“Hoi Man, aku panggil kau tak dengar ke?”
“Erk, apa ni Rep, jerit-jerit cam lontong ni,”
“Ye lah, kau dengar tak apa aku cakap tadi?”
“Kau cakap pasal persembahan malam nanti kan,”
“Har, ada apa yang kau nak tanya?”
“Erk, tak…”
“Sengih-sengih, debik baru tau…”

Malam kian menyinggah….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: