Posted by: Shal Mad | November 13, 2009

Cinta Rimba (Mencabar Alam)

Awan hitam berarak seperti pesta. Berkumpul dan seperti membincangkan sesuatu yang penting. Angin seolah-olah mendendangkan lagu-lagu Rock. Pokok-pokok menghangguk-hangguk laksana Artis Rock. Air sungai kelihatan keruh kehitaman. Katak-katak ketawa keriangan seperti menyambut orkestra dengan suara sumbang merba.

Kelihatan wajah keenam-enam sahabat itu cemas.

“Rep, agak-agaknya berapa lama lagi bumi ditimpa hujan?” Soal Adam.
“Dua Puluh minit,” Yakin jawab Arif.
“Baik, semua…. Sedia pakai baju hujan kamu,” Pesan Adam.

Maka, selepas arahan diberikan. Kami langsung menyarung baju plastik yang dibawa. Namun wajah Arif seolah tidak berpuas hati. Kami sedia tahu kebolehan Arif meramal cuaca. Kadang-kadang ramalan yang dia buat tepat. Tapi bila hujan sahaja, perangainya langsung berubah.

“Farid, berapa jauh lagi perjalanan?” Soal Adam kembali,
“Sejam Setengah kot. Kalau laju sikit, mungkin sejam….” Jawab Farid ragu-ragu.
“Adam, kalau sejam kita mungkin sempat!” Laung Arif. Suasana semakin bingit. Pohon-pohon berlaga, daun-daun gugur, katak-katak masih bersuara sumbang marba.

Ditenung wajah rakannya. Yakin. Ditoleh kembali kepada ahli patrol yang lain.
“Macam-mana?” Soal Arif.
“Susah, baik kita cari tempat berteduh dahulu,” Adam membuat kira-kira.

Ammar dan Ajid berharap mereka cepat berteduh. Hujan dalam hutan umpama ribut. Amat bahaya kalau mereka meneruskan perjalanan.

Namun jauh dihati Farid dan Man, mereka ingin mengikut kata-kata Arif. Dan Percaya sempat mereka sampai ke tapak destinasi mereka.

“Kita teruskan perjalanan,” Tegas Arif. Kelihatan kesungguhan dan yakin dengan jawapannya.

Jauh juga Adam renung. Jawapan Arif itu serius. Bukan mainan. Tidak seperti lawak-lawaknya yang tidak jadi yang lain.

“Baik, kami ikut kata kau. Tapi kita kena bergerak pantas!” Laung Adam.

“Oi Hujan, aku cabar kau! Samada aku atau kau yang menang!” Laung Arif.

Teriakkan Arif itu benar-benar mengejutkan mereka. Berani betul Arif bertindak sedemikian. Tapi pergerakkan mereka ternyata tidak menurun. Malah makin laju. Seolah-olah mereka juga menyertai pertandingan antara keyakinan Arif dan ramalannya.

Hujan mula menitik. Dan seperti mengejek mereka.

Tanda Isyarat diperhati cermat oleh Adam. Takut hilang dibawa angin. Atau terlepas pandang. Naya mereka nanti!

Dan aku, tidak lagi memegang peta. Kami terpaksa percayakan Isyarat Sulit itu. Farid masih mengira masa. Ammar berkira-kira di dalam hati. Ajid sedikit tergelincir. Dan Arif berkali-kali memandang Langit. Tiada lagi bunyi keluar dari mulutnya. Bibirnya saja diketap erat.

Mungkin mereka sempat. Ammar berkata dalam hati.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: