Posted by: Shal Mad | November 11, 2009

Cinta Rimba (Kembara Buta)

“Al-fatihah,”

Ajid mengimamkan solat subuh pagi itu. Sebagai ahli yang dianggap warak. Dia selalu diberi tugas-tugas berkaitan dengan keagamaan. Namun kadang-kadang manusia ini sering kali lupa. Maka tidak mustahil Ajid juga begitu. Nasib baik subuh itu dikejutkan oleh Ammar.

Sesudahi solat subuh secara berjemaah. Masing-masing melakukan tugas yang telah diberikan oleh Adam. Ajid mengemas dapur, dibantu oleh Man. Manakala Farid pula menyimpan peralatan-peralatan yang digunakan. Dan Arif mengemas kawasan khemah. Adam akan melakukan pemeriksaan terakhir. Selalunya Adamlah yang akan bertungkus lumus dalam semua hal. Sikap tanggungjawab dan amanat yang diberi cikgu itu cukup berat untuk dia memikul.

Farid masih teringat-ingat lagi cerita Man semalam. Kadang-kadang dia kagum dengan sikap Man yang tabah itu. Tapi jauh di lubuh hati dia ingin membantu. Namun apakan daya, masalah itu cukup payah untuk dibantu.

Selesai Adam melakukan rutin dia. Dia akan memberi sedikit taklimat kepada ahli ahli patrolnya. Bukan membebankan, namun mengingatkan. Siapa kita di dalam hutan, bagaimana kelakuan di dalam hutan. Apakah cabaran di dalam hutan. Satu persatu akan dia huraikan.

Pagi ini mereka akan berjumpa dengan patrol-patrol lain di kawasan pendalaman hutan rimba itu. Terdapat perkampungan yang ditempatkan untuk mereka jejaki.

Pengalaman mereka dan ilmu yang diajar oleh pemimpin pengakap mereka genggam erat. Dibawa ke dada dilumat di hati. Agar mereka dapat mempraktiskan.

“Kami telah meletakkan Isyarat-isyarat sulit dalam perjalanan kamu. Gunakanlah sebaiknya”

Kata-kata pemimpin itu mereka renung kembali. Hidup di hutan sentiasa mencabar.

Burung-burung pun terbang mencari rezeki. Pokok-pokok tidak putus berzikir.  Kadang-kala kedengaran unggas berbunyi, dan anak burung menjerit-jerit meminta disuap. Jalan yang mereka akan tempuhi hari ini adalah mengikut denai. bersebelahan air sungai mengalir. Kadang-kala kedengaran Arif melawak.

“Beg-beg kenapa la kau berat sangat, kau saja nak bunuh tuan kau ek, nasib baik la ada kau, kalau tak….”

Sambil berjalan Adam membuka kelima derianya ke tahap maksimum. Mata melihat benda yang bergerak, Hidup mengesan bau-bauan yang pelik, Telinga mendengar apa yang berbunyi. Dan otak ligat mencari arah.

Farid yang berada paling belakang menduga waktu. Kadang-kala dia senyum sendiri. Arif selalu-selalu merepek tidak munasabah. Ammar dan Ajid cuma berdiam hanya mata dan telinga yang diperlukan. Kadang-kala Ajid akan menegur Arif yang gila bahasa itu.

Aku? Aku sambil berjalan melakar peta yang kita lalui. Sambil-sambil melihat kompas. Kata Adam aku ditugaskan kerana dalam kami berenam, akulah yang paling rajin dan tepat dalam pengiraan. Dan ini satu tugas yang penting. Setiap apa Isyarat Sulit yang kami terserempak. Aku akan lukis pada buku log pengembaraan kami.

Matahari tersenyum-senyum melihat alam,
Kelihatan enam pemuda merentasi denai,
Angin tidak mahu mengalah,
Ditiup-tiup awan,
Pokok tertawa menceriakan rimba,
Burung dan ungkas keriangan,
Berkicau mengalunkan Irama rimba.
Enam Sepatrol memenuhi cabaran.
Cintanya rimba sucinya Alam.

Setelah Dua jam setengah perjalanan. Adam mengisyaratkan kami supaya berehat. Dan yang paling gembira sudah tentulah Arif. Kami melepaskan lelah, sambil meminum air yang telah dimasak. Makanan ringan seperti Roti dan Biskut amatlah berguna pada masa ini. Ringkas dan alas perut.

Menurut peta yang diberikan. Lagi tiga jam kami akan tiba.

Namun sesuatu menangkap perhatian kami.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: