Posted by: Shal Mad | November 3, 2009

Cinta Rimba, Sebuah Dongengan

(Ini Cubaan pertama aku untuk menulis sebuah cerita panjang. Mungkin kedengaran seperti bernyawa, atau kisah benar. Tetapi tiada kaitan dengan sesiapa yang hidup dan mati. Dan aku amat harapkan komen yang membina dari orang yang membaca. Terima Kasih)

Awan berarak perlahan. Kelihatan putih amat menyucikan. Ditemani langit membiru dan angin menghembus. Pohon-pohon turut menari mengikut lenggok irama rimba. Sungai mengalir sambil menjerit keriangan. Nun jauh di sana diam seorang pemuda. Bersamanya rakan-rakan yang berbaju kelabu asap berseluar biru gelap.

“Mar, nanti sebelum malam kau jangan lupa cari kayu banyak-banyak. Aku nak kalau boleh la. Penuh satu khemah ni. Kalau boleh la,” Pesan Adam selaku ketua rombongan perkhemahan.

“Worait Bos! Perintah mu ku junjung tinggi!” seloroh Ammar.

“O epo epo ee ar… o.. epo epo ee ar, oo epo itu-itu epo epo eehhh ape ni??”
“Bising ar rep, kau nie dok hutan tak reti nak diam ke?” Marah Ajid kepada Arif.
“Ala, kalau ye pun jangan la cucuk cucuk gua beb, lu ni gua nak bergumbira pun susah,” Ngadu Arif.

Dari jauh, sepasang mata melihat sambil tersenyum. Sudah dua hari mereka berkhemah di rimba belantara itu. Mereka sepatrol sedia menerima sebarang cabaran bila berada di dalam pendalaman rimba tersebut. Inilah aktiviti paling mencabar setelah mereka memakai pakaian kelabu asap tersebut.

Patrol mereka diketuai oleh Adam, yang mempunyai kemahiran dan pengalaman yang banyak dalam hutan dan sering memasuki hutan bersama ayah beliau. Dia juga dilantik selaku ketua perkhemahan. Dan penolong Adam ialah Farid, walaupun Farid jenis yang senang mengelabah. Tetapi sifat murninya yang suka menolong rakan-rakan disenangi oleh ahli patrol tersebut.

Ammar seorang yang cekap dan mahir menggunakan peralatan seperti parang, kapak dan lain-lain, dan sebab itulah juga dia dilantik sebagai Quatermaster peralatan. Ajid si tukang masak yang panas baran. Tetapi jauh di hati beliau amatlah baik hatinya. Seterusnya Arif, yang perangai gila-gila dan sering menjadikan sebuah aktiviti terhibur dengan telatahnya.

Aku? Entah, aku pun tak tau kenapa aku dimasukkan dengan mereka. Untuk cukupkan korum ataupun hanyalah menjaga hati aku. Tetapi bila aku tanya kepada mereka. Satu jawapan yang mereka beri. Akulah ahli mereka yang paling rajin.

“Man, sudahlah tuh berangan. Masuk hutan je bawa buku, ulat buku betul la kau ni…”
“Dah la arep, jangan kau pedulikan Arep tuh Man, kau rehat dulu, nanti malam aku ada tugas untuk kau, gajet aku suruh tadi kau dah buat belum?”
“Dah Adam, ke engkau nak aku buat satu lagi gajet?”

Ya, kalau pengakap masuk hutan ja, perkara yang kami gemar ialah membina gajet. Gajet ini seperti alatan-alatan yang dibuat daripada kayu dan buluh. Dan kami sentiasa bertanding membuat gadjet. Dan Ajid adalah yang paling mahir dalam membuat gajet. Namun tidak pernah pula aku melihat gajet Adam, sedangkan permainan tali dia kuasai.

“Takpe la Man, cukup la apa yang kau dah buat tuh. Malam nanti jangan lupa kau bertugas.”
“Baik bos!”

Matahari sudah kepenatan. Digantikan dengan purnama mengambang. Memperlihatkan kehebatan Ilahi, sambil mendatangkan gerun di hati. Angin-angin seolah-olah mencabar pokok. Berliuk-liuk pohon menari. Seolah-olah mengejek angin. Kicauan burung kala malam kadang-kadang kedengaran. Cengkerik turut menyertai pesta tanpa dijemput.

Unggun api sedang-sedang menyala. Seolah-olah merajuk yang tidak disangka. Kelihatan seorang remaja sedang membaca. Bukan buku bukan majalah. Hatinya kusam. Bercelaru berfikirkan orang yang jauh di mata, jauh lagi di hatinya.

“Jauh dimenung tuh Man…”
Tersentak dibuatnya. Dengan kelam kabut dia membakar unggun kayu, tanpa tersedar panas yang menjemput.

“Apa la kau ni Pared, lain kali bagila salam dulu..” Getusnya.
“Yela man… Assalamualaikum. hehehe, kelam kabut kau..” Tersengih Farid memandang rakannya itu.

Perasaan sunyi mencengkam jiwa. Dingin hutan memeluk tubuh. Farid memulakan bicara.

“Man, kau ada masalah ke?”
“Masalah? Mana ada.. aku rilek je, ”
“Rilek? tak da pulak aku tengok, dari kita berangkat sampai la malam  ni. Aku tengok kau kusut je… Kau ada masalah ke?”
“Entah la Red, aku tak tau macam mana nak mulakan.”
“Man… Kita ni dah lama berkawan, apa yang kau rasa, kami pun turut terasa. Kalau kau diam macam ni, macam mana kami nak tolong…”

Terpukul aku dengan kata-kata Farid tersebut, seolah-olah dia boleh membaca fikiran aku.

“Kawan-kawan kita yang lain pun tau kau macam ada masalah, diorang suruh aku tanya.”
Ya’Allah, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan bukan rakan-rakan kepada aku. Tetapi Sahabat Ya’ Pencipta Alam.
“Panjang cerita dia Red,”
“Aku ada sepanjang malam ni Man,”

“Baiklah…”

(Bersambung)

Advertisements

Responses

  1. best…tp bersambung

  2. ok tp ayat tungang langgang la..
    bersepah.. kene lebih penghayatn pade pengunaan kate ganti name dri n penggunaan perkataan berulang.. cthnye : ‘Tetapi jauh di hati beliau amatlah baik hatinya’ .. tp ok la.. cube lagi..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: