Posted by: Shal Mad | October 21, 2009

Air Mata Sunyi

Lucunya, tatkala itu engkau di samping family mu. Menyusun makanan untuk disajikan. Tersenyum girang sambil bermanja. Terlihat ayu dan comel serentak. Angin pun mencabar dengan meniup-niup rambutmu. Mempanakan si mata memandang. Suasana itu amat ku gerami.

Dari jauh engkau tersenyum. Memandangku. Yang duduk keseorangan. Tiada teman, tiada sahabat. Hanya ketawa dibuat-buat. Bersama hati yang terpana. Aku cuba mengasingkan diri. Aku cuba memerhati lagi. Untuk bersama-sama mu hanya mimpi. Hanya sekeping anganan.

Otak ligat mencari makna, ligat mencari kata-kata, liat untuk mencari kebenaran. Bertapa bodohnya diri ini.

Lantas pandangan ku beralih. Melihat ke titian yang usang. Melihat rapuhnya hati ini. Melihat bertapa senangnya titi itu meranapkan perasaan. Aku hanya bermain dengan arus. Dan deras itu menghanyutkan aku. Tiada tebing, tiada penghujung. Entah kemana aku lemas.

Lemas. Lemah, alasan demi alasan aku terima. Tapi aku tetaplah kesepian. Aku tetaplah keseorangan. Rakan-rakanku datang dan pergi. Sahabat-sahabat aku hanya menyinggah. Aku masih tidak menjumpai kasih yang suci. Jiwa sejati. Cinta hakiki. Pada mahkluk yang perlu aku kasihi. Biarkan… biarkan sahaja.

Pokok-pokok seperti mengerti. Diangguk-angguk digeleng-geleng. Air sungai memanggil-manggil menjerit-jerit. Batin ini memekik-mekik. Daun-daun kering menyampaikan simpati jatuh dihadapan aku. Untuk menemaniku walau sekejap.

Suara dari gunung itu menjerit keriangan. Air mata ku tersedu. Aku benci perasaan ini. Andai dapat ku jumpai sehidup semati aku. Apakah terbaik untuk memilikinya.

Advertisements

Responses

  1. […] : Sudah aku nyatakan sebelum ini lagi. hati ini telah lama mati.  Dan airmata tidak pernah lenggang selama ini. Bencilah kepada aku, kerana aku seorang pendusta. Damailah kamu […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: