Posted by: Shal Mad | September 11, 2009

Di Satu Petang (Sebuah cerita yang aku cuba fikirkan tajuk utama dia)

Petang itu sedikit kelam. Angin seperti malu-malu bertandang. Burung-burung turut kepenatan pulang ke sarang. Hanya ditemani sekotak Pall Mall separuh isi, sekole Nescafe. Longgokan alat tulis dan kertas. Disamping gitar tong peneman lara.

Sambil sambil bermain pensil di tangannya, gitar tong kemas di pelukannya. Sebatang Pall Mall dikeluarkan dari kotak persembunyiannya. Dikejap-kejap. Hembusan pertama berlaku….

Petang ini sedikit kelam. Angin malu malu bertandang. Fikirannya melayang jauh. Apakah harus dia lorekan.

“Assalamualaikum”

Terdengar suara dari belakangnya. Perlahan dia menoleh. Tiada reaksi sambungan. Hanya sepi seketika….

“Wa’alaikumusalam”

Senyuman terpahat di wajah sedikit kusam. Diperhatikan penuh minat. Diamati sepuas-puas sebelum beralih.

“Awak selalu disini kan?”
“Cuma hari-hari tertentu sahaja,”
“Owh camtuh,”

Sepi….

“Saya nak minta tolong boleh?”
“Andai saya mampu…”

Asap Pall Mall dia elakan dari mengganggu penglihatan. Dihembus sisi.

“Esok awak ada?”
“Mungkin, Kenapa?”
“Saya nak minta tolong…. harap awak dapat hadirkan diri,”
“Saya cuba…”

Dia berlalu. Aku cuba mengerti.

“Aduh, Kenapa aku jual mahal nie?”


Responses

  1. mcm best ni…klu buat drama suspen jgk…


Leave a reply to suzy Cancel reply

Categories