Posted by: Shal Mad | June 17, 2009

Jasad Tanpa Hati

Aku dikenali dengan kegagahan aku. Kepekaan aku terhadap masyarakat. Kekuatan aku. Kesudian aku. Kehebatan aku. Ketiada-adaan aku kadang-kala menjadi tanda tanya sekeliling kawasan. Dan aku juga sering dipandang tinggi.

Mungkin kamu semua anggap aku ini sempurna dan hebat. Tapi aku tetap tidak sempurna. Aku tetap mempunyai kekurangan seperti kamu. Jika kamu peka. Kamu mesti terbaca tajuk. Ya, tepat sekali. Aku tidak mempunyai hati. Jasad yang kosong tanpa perasaan.

Sebenarnya aku dulu dilahirkan seperti bayi-bayi yang comel biasa. Mempunyai hati, perasaan. Dan aku memang comel pun semasa dahulu.

Ceritanya panjang hendak aku huraikan. Biarlah menjadi rahsia. Siapa yang sorok hati kecil ku itu. Bagaimana pula hilangnya hati aku itu. dan mengapa jadi begitu.

Kekadang rimas jua aku hendak menerangkan sesuatu yang kelam. Kekadang pendek jawapan aku. ‘Hati aku dah hilang, biarkan lah’. Kekadang secara kelakar aku menjawap: ‘Hati aku telah ku makan, rasa amat masin’. Kekadang juga aku malas nak jawap:’ Sila tanya kaunter sebelah ye’.

Bagaimana aku hidup tanpa hati? Rutin harian aku senang. bak kata orang moden sekarang. SIMPLE

Pagi-pagi bangun pagi aku akan bersenam pagi. Kemudian aku akan terbang. Mundar mandir di tempat penginapan aku. Bila cukup bosan aku terbang. Aku akan lepak-lepak dengan sahabat-sahabat aku. Sambil berbincang politik kopi. Sambil minum Neskafe tarik. Sambil bermain daun.

Bila tiba malam hari. Aku cuba memanaskan diri. Cuba mengapi-apikan diri. Tapi aku tiada hati untuk membakar diri lagi.

Dulu, dua ratus dahulu aku punyai hati. Selama empat ratus tiga puluh lima tahun dahulu. Aku sering bermain dengan hati. Hingga aku tidak berhati-hati. Dan orang awam menyatakan aku tidak berhati perut. Namun sekarang aku tidak lagi mempunyai hati. Aku cukup senang hati. Isk, bagaimana harus aku senang… Hati? Aku sudah tidak punyai hati. Mungkin senang sayap. Ataupun senang paruh aku. Tidak pun senang ekor.

Orang ramai yang sedang mencari hati aku. Bila aku katakan hati ku sudah tiada. Muka kecewa iringi kepulangan mereka. Aku tidak mampu bergelak geli hati mahupun bersedih hati. Sebab aku tiada hati untuk berbuat sedemikian. Tapi rasa aku pulang mereka tidak kosong tangan. Aku hadiahkan dengan secukup nasihat. Dengan hati yang jujur. Oh, aku tiada lagi hati untuk bernasihat dengan jujur.

Sekarang jika kamu masih ingin mencari hatiku. Aku sarankan pulanglah… Bukan hati aku yang kamu carikan. Tapi hati orang yang kamu kasihi. Dan hati-hati lah bila menggunakan hati. Nanti kamu yang patah hati. Yang susah hati siapa? Bukan aku. Aku tidak punyai hati. Masakan pula aku susah.

Oh ya, kalau kamu begitu baik hati. Dan hati kamu berbunga dan turut besar hati. Tolonglah derma hati kepada aku. Dan tolong jangan jatuh hati. Nanti perit hati itu aku tanggung.

Advertisements

Responses

  1. dey……..
    apa la yang kau ngarut nih???
    terutamanya yang bahagian akhir akhir tu……..

  2. Aku dlm cerita ini seekor pheonix…
    pheonix x da hati..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: