Posted by: Shal Mad | May 20, 2009

Tanya angin, Tanya hati.

Kepul-kepul asap terperangkap di beranda itu. Bertemankan sekole Neskafe tarik, beberapa helai kertas dan dua-tiga batang pen. Angin bertiup dengan rentak jazz. Perlahan tapi mengasyikkan.

Di radio bermain lagu-lagu kerinduan yang nan jauh. Perasaan seperti itu siapa yang dapat menahan?

Perlahan dia mencicip Neskafe tanpa kafein itu. Perlahan dia memegang pen. Tapi kertas dia masih kosong. Masih sepi seperti hatinya.

“Untuk siapa hati ini menipu?” Perlahan suara memecah hening.

Dan dia termenung kembali. Mungkin teringat orang lama. Mungkin juga mempunyai sasaran baru.

“Aku hanya menipu diri jika begini,”

Kisah silamnya itu cuba dia padam. Cinta dia palsu, tapi sayang dia nyata. Namun dia tidak dapat menyatakan perasaan itu.

“ARGH! persetan semua itu!!!”

Ikutkan hati akan mati, dia tidak mampu untuk hidup kembali, dia tidak mampu untuk bercinta kembali. Dia hanya mampu kembali ke jalan sepi. Dimana tiada kasih, tiada sayang, tiada cinta… ya tiada cinta.

Bertapa dia sayangkan rakan-rakannya. Namun jauh di dalam hati itu, rasa sayang kepada rakan itu mendalam. Tapi cinta pada rakan? Oh, tidak sekali. Kata hati keciknya.

Perlahan dia membuka kotak rokoknya. Berbaki dua batang.

“Masih berpeluangkah?”

Kepul-kepul asap masih berlegar atas kepalanya. Angin masih bertiup, kali ini dengan rentak lebih asyik. Sedikit klasik. Dia hanyut. Hanyut jauh ke zaman silam. Radio masih berbunyi. Neskafe dia berbaki suku.

Dan pen masih belum mencecah di atas kertas. Kertas itu masih kosong. Sepi, sesepi hatinya. Kini.

Advertisements

Responses

  1. Assalamualaikum..

    Kalau dah suka 2, bagitau la empunya badan…
    Kalau x, mana lah dia nak tau…
    Kita seharusnya m`gembira kan ati kita dan diri kita…
    Bukannya m`yeksa dgn kesepian yg ada….

  2. Mizah:
    -Hahaha, gara-2 tgk citer syurga cinta la nie:P

  3. kosong.
    kertas itu kosong.
    hati nya pun.

  4. HAI…AKHIRNYE DROP JGK COMMENT KAT PAGES AWK NIE…SY SLU JGK VIEW BLOG AWK…. HOPE HEPI2 SLU2…

  5. ifa, ornell-
    Thx for droping by 🙂
    hope terus komen lagi ek…

  6. terima kasih coz invited sya ke dlm bog awk ni.

    sebenarnye sy ni bebal sikit bab2 bolg ni

    tak pernah open bolg pun..hehehehe

  7. sorii la kwn2, silap eja la plak…

  8. Liza,
    Thx.. kira bertuah gak sy awk bertandang di sini…
    sila- sila… jemput menjamu mate 😛


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: