Posted by: Shal Mad | May 4, 2009

Cinta satu malam

Pernah dengar pasal one night stand?
Ini aku nak cerita sedikit berkenaan dengan hal yang demikian.
Apa yang ku rasakan, dan apa yang aku terkena.

Semuanya indah, tapi hanya satu malam. Tanpa perlu ada rasa tanggungjawab, tanpa perlu rasa bersalah, dan rasa kepuashatian yang amat. Hanya untuk satu malam?

Dikala satu malam berdiri.

Aku jenis yang sering keluar malam. Menyaksikan kehidupan malam yang masih terang dengan lampu-lampu jalanan. Masih segar di wajah-wajah mereka yang selayaknya ku gelar penjejak malam. Menikmati dan merasai panorama malam yang bercahaya malap.

Adakalanya malam ku berteman. Ada juga berseorangan. Dan aku lebih suka berteman. Bersama-sama teman aku harus dapat mengawal batasan keinginan aku. Sekiranya berseorangan. Esoknya di pagi hari pastinya aku akan bangun berduet. Dan penyesalan itu datang sekejap. Bagaikan melepaskan lelah setelah bermain badminton. Satu game lepas satu game.

Segala helah, dongengan dan karut marut aku dengar dalam satu malam itu. Segala dusta, bermuka-muka dan gaya aku rasa dalam satu malam itu. Puas hatikah begitu? Bagi aku tidak. Aku perlu cari jalan yang sememangnya terang namun kabur bagiku. Terlajak kemana pun aku sesat. Pasti ada jalan yang betul.

Hati aku cukup hitam. Aku tak mampu. Hanya berharap agar bimbingan datang kembali. Seperti mana zaman persekolahan dulu. Mungkinkah aku berjaya? Mungkinkah pelajaran akhlak aku teguhi? Mungkinkah ada bidadari yang turun dengan berhati malaikat mempelawa aku syurga yang cukup utuh. Atau syaitan-syaitan berwajahkan bidadari sering ku temui itu masih berbisikan syurga yang ku cipta?

Umur semakin meningkat. Rambut kerap gugur. Kedut kedut masih kurang jelas. Tanggungjawab makin besar. Tidak sebesar orang yang terikat. Tapi, kemana jalan yang harus ku pilih. Pilihan di kiri dan kanan. Pembimbing jauh depan dan belakang. Manakah yang mata rabun aku melihat?

Cerita tamat di pagi hari.
Cinta dusta ku temui.
Syurga palsu ku terokai.
Neraka juga pilihan kiri.
Hanya tangisan berdarah mengalir.
Dosa tetap nyata.
Pahala menjauhi jahil.
Hanyut alasan terlanjur.
Dayung kembali.
Bukan mudah.
Bukan susah.

“Adakah kau cintakan aku? Adakah esok kau akan tinggalkan aku?”
“…..,”

“…..,”
“Kemudian saja berbicara, ayuh…”
“Oooh….”

Brengset!

Katakan saja atau sepikan saja.

Sayup-sayup angin utara bertiup, menandakan masa itu berlalu. Malam semakin menghilang, ditelan subuh. Dan aku tahu aku akan bersendirian kembali. Sekali lagi.


Responses

  1. kau memang jiwang……..

  2. DA:
    ape yg jiwang?

  3. hoho..
    arep mcm pernah terjebak dgn bende2 cmni..huhu

  4. Alya:
    -X la, sebuah pandangan dari pandangan orang lain… huhuhu

  5. haha aku suke dow ngan citer nie…huhu bapuk x nak citer ker wahahahahah…..suare garau sial hahaha….

  6. wahhh…hrmm..tersirat.hehehe

  7. luv da kesasteraan..huhu..main2 bhasa..tapi jgn wat tol2..kang tibe2 dpt baby,naya..bdway,.tq 4 viewing my blog. diingatkan skali lg,sy bukan la kucing..huhu..keep up updating ur blog

  8. M3tryl:
    -Nanti la aku citerkan pasal ko…

    eqe:
    -Ye ke? faham ke?

    Rabihah:
    thx sebab sudi dtg ke blog aku yang x seberape nie, x de kueh nak hidang… Erm, kucen kamu comey ^^

  9. kau memang bagus dalam penulisan……..
    kau cuba la tulis cerpen, hantar kat surat khabar ke…….

  10. DA:
    -Aku x rase aku layak kot…

  11. ‘one nigth stand’?..huhu..
    terserah pade pelakunya..
    kadang2 tue cinta bertahun pun tetap sendrian..
    walaupun kenal atas dasar seks tp amalkan prinsip setia, akan kekal gak..
    pokok pangkal tetap pada diri sendrik..
    ape pandangan diri kte pada “one night stand’..
    pendek kate lu pk la sendrik..

  12. Lara :
    -Kenal atas dasar seks….
    cam best jerk, msti lara ade citer pasal tuh kan?? haha


Leave a reply to haticinta_lara Cancel reply

Categories