Posted by: Shal Mad | May 3, 2009

Benci Itu Pasti

Kenapa harus ada benci?
Ada wanita amat membencikan lelaki, katanya sebab lelaki menghancurkan hidup mereka.

WUT DA HEIL??

Tiada siapa yang boleh mengubah seseorang itu kecuali mereka sendiri yang berubah.
Katakanlah jika seorang wanita itu amat menyayangi seorang lelaki itu, bolehkah kita suruh dia supaya berhenti menyayangi jejaka yang amat terkenal dengan penipuan itu? Tidak bukan? So, salah siapa? Fikir la sendiri cik adik!!

Kenapa nak benci?
Ada pekerja-pekerja tidak suka dengan sikap dan perangai orang atasan itu. Katanya tidak ‘open minded’.
Dari aspek aku, dia melakukan kerja dia. Kamu????
Dalam hidup makan gaji. Kita harus bersikap profesional. Kena harus ada muka yang baik dan tahan maki. Bukannya nak emosional. “Kalau lu tak boleh tahan lagi, esok lu cari kerja yang lu suka!” Itu kata member aku. Aku setuju sangat la…

Kenapa harus ‘kenapa?’
Kamu sudah tak sukakan seseorang, kamu babitkan orang lain. Dok cerita pasal orang lain kepada orang lain, apa jadinya? Bukan ‘memakan daging saudara sendiri’ namanya?

Aku tidak boleh untuk membencikan seseorang, walaupun sebenarnya sifat benci dalam diri aku penuh satu gelen, mungkin lebih satu tan. Bukan, satu planet bumi ni pun tak mampu nak menanggung sifat kebencian aku. Tapi, we take and let it go, benci itu tak ada faedah beb.

Secara jujurnya. Apa yang aku bencikan ;-

Wanita bercirikan lelaki,
Lelaki tak mengaku jantina,
Rakan yang bermuka-muka,
Rakan yang tak jujur dengan diri sendiri,
Bos yang kurang ajar,
Budak yang tak boleh terima hakikat,
Kereta yang suka mencelah tanpa peduli motosikal yang aku bawa,
Orang yang suka mengumpat,
Orang yang pandang rendah aku ,
Orang yang kutuk aku tanpa cermin diri dahulu pagi-pagi,
Awek yang mengaku cantik tapi hodoh di hati,
Awek bertudung seksi,
Awek isap rokok,
Awek talam dua,
Kawan mengambil kesempatan,
Kawan tak bayar hutang,
Mamat poyo kuar dengan awek macam lawa,
Mamat poyo tunjuk badan macam best sangat,
Dan banyak lagi, terlalu banyak…

Tapi aku tak mampu untuk terus membencikan sesuatu.
Sebab hidup ini bukan mudah, lebih-lebih lagi kalau satu dunia ini aku benci.
Aku cuba untuk membencikan seseorang, esoknya. Dia menjadi kawan paling rapat aku.

Tapi kenapa ada orang nak membenci aku? Patutkan aku membenci dia? Atau patutkah dia membenci aku? Kenapa harus ada benci? Kenapa dunia ini terus menerus membenci kekejaman, seolah-olah kekejaman itu ingin menyatakan kesan kebencian. Apakah terus menerus islam dibenci agama lain. Dan Islam mengikuti agama lain untuk membencikan mereka, atau kekejaman mereka?

Adakah seronok untuk terus benci membenci? Mungkinkah kepuashatian seseorang itu tercapai bila ada kebencian? Dan kebencian itu boleh membawa mereka ke jalan kerjayaan. Dan mungkin juga benci yang mereka kumpul itu akan menghasilkan emas, duit dan permata.
Namun yang aku sedar.
Kebencian dalam seseorang itu pasti. Wujud dan bukan dongengan.
“Satu jerk, kalo korang nak terus benci gua, gua apa pedulik?? Janji gua wat hal gua, tak kacau lu… lu orang leh blah, gua pun benci lu orang!!!”
Itu pun member aku yang nyatakan. Aku cuma mampu mengangguk.

Advertisements

Responses

  1. ske part gua lu tu..haha
    mst ade dlm setiap blog arep..huhu

    benci?
    haih..
    manusia..
    mmg dpt elakkan drpd perasaan tu..
    mst ade sekelumit perasaan tu walopun xnk ngaku,
    sbb nk jage hati org laen,maybe kawan/family..

  2. *mmg x dpt elakkan
    silap tuleh haha

  3. Alya:
    -Kata pun dari pandangan sendri terhadap pandangan orang lain, mst ade org ketiga 🙂

  4. benci!!..
    kalau bleh lara memang nk bencikan dia..
    lara benci ditinggalkan mcm tue je..
    lara benci lelaki yg lari dari tanggungjawab..
    lelaki pengecut..
    lara benci mereka yg sakitkan hati lara..
    lara benci org yg wat lara menangis..
    benci semua..

    kenape perempuan xbleh merokok?..
    kenape?..
    kenape awak mesti benci awek merokok?..
    ape bezanya lelaki n perempuan merokok?..

    effect?..
    perempuan merokok akan bg kesan pada kandungan?..
    cacat?..
    lelaki merokok pun berpontensi utk ‘keluar’kan sperma yg xberkualiti yg juga menyumbang kepada anak cacat..so..
    ape salahnya perempuan merokok?..

  5. Lara :
    – Ntah, kekadang tgk perempuan smoking tuh seksi,
    tapi kekadang jelik…

    But wut da heil, kita x mampu nak membenci semua benda yg kita benci kan,

    I hate u but i love u,

    haha…

  6. BENCI itu PASTI…..yuppzz,…tol3…..
    tapi bio la bertempat….
    jangan hanya sesuatu yag tak patut dibenci pun kita nak benci….
    agak2 la nak benci tu….byk benci,hitam hati tau…
    bila kita kata benci,,…ada x terfikir cmne org cakap bencikan kita…….sakit ati kan…..

    pape pun….BENCI tu memang dh jadi darah daging kita walaupun sesuci mana pn diri kita…..
    bio la owg nk cakap pe…..bukan nyusahkan diorang kan3…..so,tpulangla…aku2……engko2…..

  7. Ske betul entri nie, ramai yg x nampak apa yang sebenarnya aku cube sampaikan…
    hehe, Guna imaginasi, bukan emosi… 😛

  8. […] sebelum ini lagi. hati ini telah lama mati.  Dan airmata tidak pernah lenggang selama ini. Bencilah kepada aku, kerana aku seorang pendusta. Damailah kamu […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: