Posted by: Shal Mad | March 25, 2009

Ku Pohon

Hari itu, hati ini tidak tenteram. Bagai sesuatu yang akan berlaku.

“Rien, Petang nanti kita jumpa ye. Kat tempat biasa,”
Mesej yang aku terima pagi tadi.

Bagai sesuatu yang akan berlaku. Aku rasakan berat kaki aku untuk melangkah. Sudah 3 bulan lebih kita tidak bersua. Takkanlah tiba-tiba sahaja dia hendak berjumpa dengan aku?

Hari itu pagi berjalan dengan suram. Nyanyian lagu Spoon bergema-gema di pejabat aku. Seolah-olah bakal berlaku musibah. Aku harapkan tidak berlaku. Amin.

“Hai,”
Pendek sapaan dia.

“Hai….”
Pendek juga balas aku.

“Maaf lambat sampai, tadi ada hal sikit kat pejabat. Jangan marah ye…”
“Huh, alasan tapi selalu gak buat,” Kata hati aku, namun pelik. Aku masih mampu tersenyum.

“Maafkan saya, berapa bulan dah kita tak jumpa macam ni ye?”
Dia memulakan bicara sambil melihat ke langit. Apa la yang cantik sangat langit yang suram tuh. Baik dia tengok muka aku yang cantik ni…

“Lama juga la. Kenapa awak buat saya macam itu?”

Dia hanya tersenyum. Urgh… manis betul senyuman dia. Aku sentiasa cair pabila dia tersenyum begitu.

“Tiada alasan yang mampu saya berikan,”

“….”

“Awak….”

“Awak tak sayang saya lagi ke?”

Dia memandang tepat ke dalam mata aku. Dengan segera aku melarikan pandangan. Ke bawah.

“Rien……”

Dengan berani dia memegang tangan aku. Aku pasrah. Namun aku biarkan sahaja.

Sambil itu dia menarik tangan ku dan meletakan ia ke dadanya.

“Dapatkah awak mendengar?”

Aku memejam mata. Cuba memahami.

“Denyutan jantung saya?”

Aku mengamati.

“Ini….”

Aku tidak ingin dia teruskan lagi.

“Ini bukan milik awak….”

Dengan automatik mata aku berkaca. Sebak…

“Ini bukan milik awak seorang…”

Aku sudah tidak mampu berkata-kata lagi, ingin aku melarikan diri. Tapi gengaman tangan dia terlalu kuat untuk ku leraikan. Aku terlalu lemah dalam gengaman dia.

“Tapi, awak adalah milik saya…”

Aku tidak mendengarnya. Dan aku ingin dia ulang kembali….

“Sa… saya… cintakan awak herman….”

Perlahan, dan aku tidak harap dia mendengarnya.

Lantas dia berbisik kepada aku…

“I Love u too Rien…”

(Apahal lak aku tetiba tulis bende ngarut nie?? X da kerja Muahahahahahaha jiwang gak aku nie hehehe)

Advertisements

Responses

  1. uit..ngee~
    nice story..
    i tot it was a story about u..
    naseb baek kat bawah tu tulis ‘herman’..
    hik3

  2. Erm, aktuali, x de pun satu cerita berkenaan dengan guwe….

    wakakakka

  3. haha.
    igtkn watak ‘aku’ tu lelaki..
    smp kt herman tu jd pelik,
    gay ke ape ‘aku’ tu..haha
    x psl2 kne bace dr mule..
    hohoh

  4. Alya:
    -Haha, sebab slalu org fikir penulis lelaki mst nak watak utama lelaki gak kan, tukar la, ramai gak penulis wanita tulis watak utama lelaki…

  5. haha..besh2..konpius kite sat tadik..

  6. Eqe:
    -Ko kan suke gak menulis… nak gak tgk hasil tulisan ko…

  7. hahaha…
    ceh kene tipu…
    ingatkan psal arep..

  8. CT:
    – Kalo la pasal arep, mst best kan…
    hahaha


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: