Posted by: Shal Mad | March 24, 2009

Sayang, sayang sekali…

Mula-mula aku mengenalinya seawal sekolah menengah tingkatan 2. Pada masa itu nakal aku tidak stabil lagi. Sekiranya aku nak nakal, nakal yang melebihi budak-budak. Sekiranya aku hendak menjadi baik, sebaik-baik pijak semut pun semut boleh gelakkan aku balik.

Pada tingkatan dua itu lah aku mengenali sahabat-sahabat baik aku. Juga kehilangan seorang teman seperjuangan. Terasa amat-amat kecewa sekali.

Namun kali ini bukan ingin menceritakan teman seperjuangan aku itu. Aku ingin mengenang kembali seorang sahabat aku yang tidak jemu-jemu memberikan aku semangat. Tidak pernah lupakan aku walaupun kami berlainan agama, bangsa, kulit, status atau pun jantina.

Pelik aku dengan dia adalah panggilan kami. Dia memanggil aku Mui-Mui (adik perempuan) manakala aku memanggilnya Abang. Kami pernah sparing bersama. Memang aku tidak sanggup nak belasah dia. Tapi dia langsung tiada perasaan belas kasihan. Aku terima dengan hati terbuka. Lebam-lebam itu menjadi kenangan.

Dulu tamat zaman persekolahan. Kami sentiasa keluar 3 bulan sekali. Menonton wayang. Berborak kosong. Shoping. Aku memang seronok bila keluar dengan dia. tiada perasaan malu untuk meluahkan perasaan yang serba serbi ini.

Aku ingin menjadi tempat berteduh dia di kala hujan. Ingin menjadi kolam mandian dia di kala panas. ingin menjadi tempat dia berharap dan ingin menjadi tempat dia luahkan perasaan dia. Namun aku…. Aku semakin jauh… Entah kemana….

Hari jadi aku tidak pernah dia lupakan. Tapi… Aku hanya mampu sayangkan dia. Aku hanya itu yang mampu lakukan.

Ku harapkan agar dia mengerti.

Advertisements

Responses

  1. excuse me,watak utama ne pmpuan?
    tp penulisnya lelaki?
    a bit odd la arep..hihi

  2. Erk, watak utama lelaki,
    Bermain perasaan dengan sendiri…
    mungkin?

  3. Abang mengerti, adik…

    Adik jangan pergi jauh jauh tau…nanti adik hilang..kalau adik hilang abang akan rasa sedih…abang akan hilang tempat teduh bila hujan dan hilang kolam mandian untuk sejukkan badan bila panas…apa pun berlaku…abang akan geletek2(eja betul kan?) adik agar adik happy semula…

    Sayang adik…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: