Posted by: Shal Mad | February 1, 2009

Cikgu Yang Suka Bercerita

2008. Tahun yang bermakna untuk aku. Tahun ni juga yang menguji aku untuk menyelami kehidupan seorang guru.

Satu hari itu. Hari yang cerah. Murid-murid yang ceria. Terlalu ceria. Hinggakan aku agak kesulitan untuk menangani situasi itu. Itu yang membuatkan aku agak geram dan hilang tumpuan untuk mengajar. Susah jua untuk mengawal budak-budak sekolah rendah ini.

Melalui peristiwa itu, membuatkan aku terkenang semasa aku di sekolah-sekolah rendah dulu. Mengingatkan aku kepada seorang tenaga pengajar di sekolah rendah aku dulu. Sekolah yang mengajar aku nilai kasih sayang. Sekolah yang mengajar aku nilai-nilai. Yang menjadikan aku lebih berguna semasa sekolah menengah itu.

Cikgu yang aku ingatkan itu. Mempunyai susuk badan yang kurus dan kecil. Rambut yang comel. Wajah yang ayu dimakan usia. Namun wajahnya sentiasa manis dan tenang.

Rakan-rakan kelas aku itu semua amatlah aktif dan ceria-ceria belaka. Hinggakan setiap cikgu yang masuk akan menunjukkan muka yang bengis dan tragis.

Berlainan dengan cikgu itu. Cikgu yang suke bercerita. Wajahnya sentiasa manis. Tidak pernah pula aku melihatnya meradang. Tidak juga aku melihat dia memarahi kami. Beliau selalunya tenang.

Setiap kali kelas ganti. Dan beliau mengambil tempat. Beliau akan ceritakan cerita cerita rakyat. Dari China, dari tanah melayu, dari kitab 1001 malam. Juga cerita seram. Memang kami seronok bila beliau masuk.

Apabila beliau masuk. Kami akan sedia untuk menyambut beliau. Dengan menutup lampu, merapatkan pintu serta langsir. Menyebabkan kelas kami menjadi sederhana kelam.

Cikgu itu, amatlah kami gemari. Walaupun beliau tidak mengajar kami dalam subjek-subjek tertentu. Namun kehadirannya amat kami senangi. Seolah-olah kehadirannya menjadi satu kemestian walau sehari untuk seminggu.

Bila aku kenangkan peristiwa itu. Aku sedikit sebanyak menjadi kagum. Aku betul-betul berharap untuk menjadi seperti beliau. Salah satu cara untuk membuatkan kanak-kanak itu seronok. Adalah bercerita. Mereka amatlah menggemari cerita. Tumpuan mereka 70% pada cerita yang disampaikan.

Aku memang berharap boleh bercerita seperti beliau. Cikgu yang suka bercerita…
Semoga kita berjumpa lagi…..

Advertisements

Responses

  1. bapak r.. aku rase baik ko jd novelis.. ko dah salah bidang nie..

  2. kisah benar ke??
    huhu

  3. A. Syafik:
    – Bukan aku tak nak… Dah jodoh kot 😛

    Alya:
    – Yup 🙂 berlaku zaman-zaman hitam putih dulu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: