Posted by: Shal Mad | January 23, 2009

Abang berger 5 tahun dahulu

Seperti kebiasaannya, kemalasan sering menjadi sebab utama dia tidak mahu menolong ibunya di gerai berger kantin Sekolah Bukit Jalil itu. Pukul 7 janji datang, pastinya lewat satu jam. Atau lebih.

Angin pagi sering meniup, agar lena dia terbaring. Menyelimuti badan. Sering juga ibunya menjirusi mukanya. Agar segar dia terjaga. Dan kadang kadang juga pagi itu bunyi radio yang bising memekak di telinganya. Sudah lali.

Mungkin baginya itu salah satu cara untuk membalas dendam,  setelah lama dia bangun pagi untuk ke sekolah. Sebagai seorang murid yang dipandang oleh mana-mana cikgu. Dia seharusnya menjadi seorang yang berdedikasi terhadap pelajarannya.

Kini, peperiksaan SPM telah lama tamat. Alam persekolahannya pun tamat. Tapi dia tetap wajib ke sekolah saban hari. Mencari rezeki, untuknya, untuk keluarganya, dan untuk dia menyambung pembelajarannya.

Hari ini, seperti biasa. Kemalasan sering menjadi alasan untuknya. Dia meniaga seperti biasa, namun perkara luar biasa akan berlaku hari ini.

Bagaikan seorang bidadari yang turun dari kayangan. Aku terpana. Diam seribu bahasa. Sukar untuk aku gambarkan keindahan di mata aku. Bagaimana harus aku katakan di sini. Dengan senyuman yang manis di bibir. Dia berkata sesuatu yang biasa untuk ku. Namun ianya terlalu luar biasa untuk aku. Aduh.

Hari pertama aku melihatnya. Terus aku jatuh cinta… Dengan suaranya, dengan senyumannya, dengan lirikan matanya. Oh, inikah perasaan bila kita jatuh cinta?

Aku semakin angau. Namun aku tak terdaya. Aku sendiri memandang rendah diri aku. Bagaimana hendak aku luahkan perasaan?

Sampai kini, Aku sentiasa semangat untuk menolong ibuku di Gerai berger Sekolah Bukit Jalil. Kerana dia… Dan ini tahun dia yang terakhir. Masih sempatkah bagi aku untuk memiliki bidadari itu?

Advertisements

Responses

  1. hak hak hak………

  2. maken lame di bace..maken trase..abang beger skula bukit jalil itu adalah KAMU~…

  3. L:
    -Gelak jerk?

    Roha:
    – Perasaan kamu ja kot…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: