Posted by: Shal Mad | January 11, 2009

Keindahan Panorama Percintaan

Buat pertama kalinya. Kami bertentang mata. Tiada satu kata yang terkeluar. Namun terasa seperti dia. Dia dan aku. Memahami apa yang tersirat dari dalam hati. Matanya kuyu. Namun kelihatan bertenaga. Aku langsung terus melihat dalam matanya. Mengharapkan sesuatu yang indah akan berlaku.

Angin bertiup agak kencang. Walaupun datangnya jarang-jarang. Mengugurkan daun-daun kering. Matahari seperti malas memancarkan bahangnya. Awan gagah menahan cahaya. Suasana mendung namun berseri.

Dihadapan tasik itu. Menjadi saksi keindahan suasana. Sepasangan kekasih. duduk bertentangan. Namun tiada sepatah kata dari mereka. Tidak tahu dimana hendak dimulakannya. Baik si jejaka, mahupun si gadis.

Aku memandang ke atas langit. Dalam hati aku berbicara. Berdoa agar kebahgiaan dapat ku capai. Hari ini. Hari ini juga.

Namun kata-kataku tersekat di antara mulut dan kerongkong. Dugaan apakah ini?

Dia menunduk. Melihat kasutnya yang baru ku belikan untuknya.
“Bosan gak duduk camnie,”

Jantungku bagaikan tercabut bila dia katakan begitu. Hendak aku gagahkan diri, namun keberanianku telah berlari kencang meninggalkan kebaculanku.

“Jum jalan-jalan keliling tasik,”

Kelihatan senyuman lesung pipit di wajahnya. Hatiku sedikit lega. Dan langsung kebaculanku membacul.

Sambil berjalan. Kami tidak berpegangan tangan. Hanya nyanyian burung dan hembusan bayu menyerikan suasana. Dia, sekadar menunduk. Aku, resah…

Walaupun ini bukan kali pertamanya kami keluar bersama. Namun setiap kali aku keluar dengannya. Tidak pernah aku tidak berasa gugup. Keberanian aku yang selalu aku bangga-banggakan itu tidak ada bersama aku setiap kali aku bersamanya. Keberanian aku sering kali menjauhkan diri daripada aku. Hanya kebaculan dan malu sahaja yang menjadi teman.

Telah lama berjalan-jalan. Angin pun sama. Turut berhenti. Bersama langkah kita.

“Katakan saja apa mahumu,”

Matanya melihat terus ke hatiku. Jantung ku terhenti buat kali kedua. Peluh sejuk aku mengalir.

“Aku tahu kau ada sesuatu untuk aku, bukan?”

Kerana sikapnya beginilah membuatkan aku bertambah sayang, semakin hari.

“erk….”

“Aku sedia mendengar,”

Senyuman diwajahnya tidak lagi padam. Sinar matanya sedang membudar. bertemankan dengan keadaan tasik itu. Angin meniup bersepoi-sepoi. Seperti memberi galakan kepada aku. Berbisikkan pada aku. Yang aku mampu lakukannya.

“Aku…”

Matanya melihat terus ke hati aku, cuba menilai.

“Andai kata, kita bersama,”

Senyuman dia termati. ayat aku terhenti.

“Erk, apa agaknya rasa jika kita menduduki satu masjid?”

Kini dada aku bergolak kencang. Mengapa terlalu cepat aku berkata sedemikian???

Sambil menundukkan kepala, aku curi pandang kepadanya. Dia tersenyum. Dan melangkah menjauhi.

Aku rasa. Ada sedikit kekeciwaan dihati.

Sambil berjalan, dia berpaling. Tersenyum.

“Tanyakanlah kepada orang tua aku, masuklah meminang,”

Aku tak terkata apa. Dia sudah jauh meninggalkan aku. Hendak aku melonjak kegembiraan. Hendak aku menangis kebahgiaan. Aku tak terdaya. Kegembiraan aku terlampau sangat.

Akhirnya. Dia berjaya aku miliki.

<Erk, rasenya satu jerk cerita yang aku berjaya tamatkan…. hahahahah -Shal mad Rep>

Advertisements

Responses

  1. cerita ringkas ne berbunyi klasik,rs mcm zaman dulu2..huhu

  2. Alya:
    – Jum,


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: