Posted by: Shal Mad | January 8, 2009

Abang Berger Sekolah Bukit Jalil.

Mata dia kelihatan letih, peluh mencurah-curah mengalir di pipinya. Sehelai tuala mengelap mukanya. Sedangkan bahang yang panas kuali bagaikan tidak mencukupi terseksanya diri. Pesanan-pesanan terus-terusan masuk. Satu demi satu pesanan itu diselesaikan dia.

Tangannya bagaikan menari-nari atas kuali. Memegang spatula bermain-main dengan daging leper sambil menarik keluar minyak-minyak yang membasahi kuali.

Matanya yang letih itu digagahkan jua. Pesanan-pesanan itu harus dihabiskan.

————————————

Tangannya dibasuh. Selesai satu sesi. Selepas ini? Aduh, berat juga jika difikirkannya.

Mencari satu port yang sesuai. Dia menyalakan sebatang nikotina. Dia ingin berehat sepuasnya. Walaupun untuk sekejap.

————————————

Usikan nakal diteruskan. Hanya penghiburan baginya. Selain dari menyanyi bagaikan orang tidak normal. Hiburannya juga mengacau pelanggan-pelanggan yang comel-comel.

———————————–

Satu pandangan yang biasa dia terima daripada pelanggan-pelangannya itu. Pandangan yang jelik. Pandangan yang langsung tidak memberinya sedikit harapan. Pandangan yang biasanya diberikan oleh orang yang membenci.

Hatinya kecil, jiwanya rapuh, namun kesedarannya jauh. Dia faham, dia mengerti sebab apa. Dan dia tidak langsung mengambil sedikit kisah walau apa pun padangan orang.

Namun setebal mana pun keras hati seseorang itu. Sebesar zarah kelembutan pasti ada.

———————————–

5 tahun sudah. 5 tahun sudah dia mengamati seorang pelanggan disitu. Tidak seperti pelanggan-pelanggannya yang lain. Sama ada mengganggunya dengan seribu satu cacian, dan masih ada yang ingin memintanya supaya membelanja mereka sedikit hasil jualannya.

Kalau diikutkan hati memang tidak terlintas untuknya memberi. Namun rezeki baginya, bukanlah milik dia. Apa salah untuk kita berkongsi.

Pelangan yang amat dia minati itu. Mempunyai senyuman yang mampu mengganggu mimpinya. Selama 3 tahun senyuman itu masih mempunyai bisanya lagi. Namun 2 tahun kemudian. Walaupun dipinta sedikit masa untuk melihatnya, ataupun menegor pelanggannya itu. Langsung seperti tiada berpeluang. Hanya sedikit sahaja masa yang hendak dia luangkan.

———————————–

Biarkanlah dia berkorban selama 4 tahun selama ini. Tidak dapat sekali pun tercipta untuknya kesempatan. Hanya sedikit masa sahaja dia inginkan. Hanya sekejap sahaja. Biarlah orang lain memandangnya kotor. Biarlah orang lain merasakan dia tidak mempunyai apa-apa. Biarlah orang rasakan dia seorang yang nakal. Tapi kepada orang yang dia minati itu, hendak dia nyatakan bahawa dia seorang yang setia. Setia menunggu walaupun 4 tahun sudah berlalu.

Kini sudah masuk tahun yang ke-lima. Dia harus nyatakannya juga. Dia harus selesaikan hutang itu. Dia harus menamatkan kisah yang tidak ada lagi penghujung. Dia harus teruskan cerita ini. Dia harus lakukan apa yang sepatutnya dia lakukan dulu.

<Bersambung……>

Advertisements

Responses

  1. ape da mamat ne,lamenye tunggu smp msk thn kelima..huhu..bile die nk luah prasaan die tu?haha arep,cpt abeskn cte,jgn tangguh2..huhu

  2. =)

  3. wondering~
    siapakah abang beger tersebut…
    adakah kamu sendiri..
    MAYBE~…..

    but then..
    crite ni ade sambungan eh?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: