Posted by: Shal Mad | January 6, 2009

Permainan Jiwa Kosong

Matanya berair. Wajahnya kusam. Air mukanya seribu satu masalah melanda. Tangannya berketar-ketar untuk menulis. Dengan bersahaja dia dalam berkeadaan bertelanjang. Duduk yang bercangkung. Sambil terhangguk-hangguk.

Esakannya tidak jelas namun nyata. Fikirannya sudah jauh melayang. Mengingatkan kisah kisah yang dia benci amat. Kekasih yang meninggalkannya. Rakan yang menyepikannya. Hilang kekasih, hilang rakan.

Kemiskinan membuatnya hilang punca. Kehilangan membuatnya tiada tempat bergantung. Kesepian membuat batinnya menjerit. Kegagalan membuatnya kalah dan dia menyerah terlalu mudah.

Baginya tiada siapa yang sayangkan dia. Baginya tiada siapa yang pedulikan dia. Baginya hidup dia ini bagai menyusahkan orang ramai. Baginya dia tiada siapa di hati sesiapa. Baginya…. Hanyalah jika dia masih mempunyai sesuatu yang penting di dunia ini.

Diketap-ketap giginya. Seluruh badannya bergoncang lemah. Perlahan-lahan dia bangun. Melihat ke jendela dari tirai langsir. Perlahan-lahan dia melihat ke bawah. Dari tingkat 13 itu.

Keluhan kedengaran. Surat yang ditulis itu digenggam sekuat hati.

Dia pejamkan matanya.

Bayangan demi bayangan timbul. Otaknya bagai ingin meletup. Terlalu berat beban hendak dipikul.

Lebih baik akhirkan segala-galanya. Dengan cara yang mudah. Teramat mudah. Yang hanya akan menunjukkan dialah manusia yang paling lemah.

Dilihat kembali surat yang telah dia tuliskan. Dibukanya pintu jendela. Dia menyadarkan badannya di tebing itu. Dia rebah……

Ayah, Ibu, Ayu.
Abang minta maaf kerana tidak mampu menggembirakan kamu semua.
Bal, Sal, Jen.
Aku mohon supaya kita dapat berjumpa di neraka nanti, korang memang kawan paling syAl yang pernah aku jumpa.
Nas.
Aku kecewa kita tidak dapat teruskan hubungan kita ke jinjang pelamin. Aku cintakan kau, tapi ko memang PuCi.
Orang-orang yang aku kenal.
Aku memang tak suka korang, sebab korang la aku terpisah
Abah, ibu….
Ampunkanlah dosa abang… dan abang harap kita dapat berjumpa nanti
Ayu,
Abang betul-betul sayangkan ayu, jangan pernah lupakan abang.
Ayu,
Abang gembira kita jadi kawan baik sejak engkau lahir, aku puas hati walaupun terpaksa akhiri d  i r i…. m a c

(Tulisan semakin sukar difahami)

Aku Benci Kamu Semua.

Yang benar,
Jim Jaafar

…………………………

Keesokkan pagi. Di sebuah kondo. Tingkat 13.
Sebujur tubuh dijumpai. Hampir bertelanjang.
Gara-gara terlebih sukatan.

Advertisements

Responses

  1. sekujur tubuh la arep..huhu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: