Posted by: Shal Mad | November 6, 2008

Jaikey Dan Sally

Pandangannya semakin kabur, kepalanya terasa teramat berat. Penat!
Ingin rasanya dia tidur sahaja, selepas tiga hari berjaga. Akibat penangan ‘batu’. Tapi kesan ‘batu’ sudah tempohnya. Dia sudah ketidak-tahanan.

Dia sudah tidak mampu untuk menunggu lagi. Badan harus berehat. Otak harus berehat. Dia harus berehat.

Sebelum dia tidur, dia terpaksa menunggu rakannya.

Gudang garam, rokok kuat. Dia sedut. Dibelikan oleh rakannya itu.

Dari kejauhan, dia melihat. Rakannya, perlahan-lahan melangkah. Dua kali sedutan rokoknya. Perlahan-lahan dia melayan sedutan nikmat itu.

“Kau dapat tak?”

“Ada beb, tapi kena ada ganjaran ar!”

“Ta’da hal, tapi jangan barang busuk sangat, nanti sakit aku,”

“Eh, ni fresh lagi. Aku baru dapat tadi,”

“Ok, cun… Gua sayang lu la!”

Rakannya membuka satu bungkusan. Dia tersenyum.

Rakannya itu berambut merah, bersolek sederhana, tapi kelihatan seksi.

Dia tahu ramai jantan-jantan berhidung belang pasti tergoda dengan rakannya itu. Tapi tidak dia. Bukan, bukan kerana dia songsang. Walaupun mereka rapat. Mereka tidak pernah bersetubuh. Bukan, bukan kerana rakannya tidak cintakan dia. Mereka hanya rakan.

“bak mai surya tuh, kau bungkus pulak,”

Sambil mengulung, Rakannya mendapat panggilan phone.

“Ye?,”

“Ah-ha?”

“Boleh, bila awak?”

“Ok ok, Janji tau, nak yang besar-besar, baru best!”

“Hehe… gatal!”

“OK ok, bye”

“Ye.. jumpe esok!”

“Bye”

Gerimis dalam sepi. Kedinginan melanda. Dia merasa tulangnya seperti dicucuk-cucuk. Menggigil-gigil rakannya.

“Weh, dah siap belum… sangap nie!”

“Ko pergi tukar baju dulu la. Dah siap nanti aku panggil,”

“Kau jangan makan sorang pulak. Aku tumbok gigi kau karang!”

“Iye lah…. Pegi la busuk, tak tahan aku…”

“Bluek!”

PAP

Langit gelap namun, kelihatan awan mendung bergerak perlahan. Sunyi. Tapi sekejap-sekejap kedengaran suara orang bergurau-gurau.

“Weh, kau rasa aku boleh jadi doktor tak?”

“Hehe, boleh punya, ko jumpa menteri kesihatan, ko kaw tim ngan dia. bagi la dia rasa kelazatan ko!”

“Cibat lu la!”

HAHA

Kawasan itu memang terpinggir. Hakikatnya masih lagi ditengah-tengah bandar. Kelihatan seorang gadis. Merebahkan kepalanya. Dipangkuan seorang lelaki. Kurus kering, berjerawat batu. kusut masai. Berbeza dengan wanita itu. Kelihatan manis. Berambut merah. berbaju T-shirt. dan berseluar pendek. Masing-masing.

“Kau rase ada tak ingat kat kita?”

“……”

“Anak bini kau ada jumpa lagi?”

“……”

“Apa agaknya nasib kita ye?”

“……”

“Napa ko senyap je nie?”

“….Zzzzzzz”

“Ceh, aku cakap ngan kayu rupanya.”

Tanpa wanita itu sedar. Air mata lelaki itu menitis.

Lelaki itu lena meriba. Wanita itu lena diriba. Hanya masa yang menanti mereka.

Advertisements

Responses

  1. ni pon x fhm.huhu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: