Posted by: Shal Mad | October 26, 2008

Hikayat Jaikey

Dikorek-korek kocek seluarnya. Kiri kanan, belakang. Kosong.
“Aduh, cam ne nak enjoy nie?”

Menoleh kiri dan kanan, belakang. Kosong.
“Aduh, member tak da plak nak paw,”

Sambil melangkah, dia menunduk kebawah, mengharap adanya manusia kaya yang keciciran syiling.

Setelah sejauh dia berjalan, hatinya hampa. Fikiran berkecamuk, runsing tak tentu pasal.
“D^M#, K!m^k Tol!!” Segala carutan dapat didengar dari mulutnya yang suci itu.

Sambil terduduk di tepi kaki lima. Dia memandang langit.
“Aduyay, punya la gaMp^ng!”

Terlihatnya rokok yang hanya tinggal separuh yang dilemparkan oleh manusia-manusia pembersih yang suka mengotorkan tempat orang. Lantas dia mengambil dan membakarnya, bagi dia itu bukan satu masalah besar. Kerana dia akan membersihkan tempat itu. Puntung rokok itu akan dibuang ke tong sampah. Setelah habis disedut.

Dia memancing kenangan. Cuba mengingati bagaimana dia boleh bertemu dengan keadaan begitu? Dia dulu bukannya bodoh. Dia dulu bukannya miskin. Dia dulu bukannya sengkek. Dia dulu bukannya gila. Tapi kenapa sampai begitu sekali dia tersisir?

Dengan dua sedutan hinggap ke paru-paru. Fikirannya pulak terbang, melayang indah. Teringan sewaktu masa dia di kolej dulu. Indah. Kabur. Penuh dengan khianat. Dan dendam dia bermula di kolej itu. Semasa dia berkenalan dengan kawan baiknya. Dengan kekasihnya. Dengan masalahnya. Dengan kehidupannya. Tapi keadaan dia sekarang bukan kerana itu.

Dua sedutan sekali lagi dirasai oleh kerongkongnya. Kini dia kembali ke zaman sewaktu dia berkerjaya dulu. Dia bagus. Dengan tiga bulan berkerja sudah dinaikkan pangkat. Dari bergaji sedikit bertambah berkoyan-koyan. Dan perkhianatan semakin besar. Disitu dia kenal musuh dan kawan. kawan dan musuh. Dan jumpa dengan skandal. Wang. Pelacur. Hiburan malam. Dadah. Arak. Haramkan yang halal. Halalkan yang haram. Setakat dosa kecik itu dia tak pernah buat. Alang alang buat dosa. Biarlah sampai sesat. FIkiran jahilnya.

Dan tak tersedar. Bara hampir membakar jarinya.

DIbuang puntung itu. Diambil rokok separuh baru. Dinyalakan. Disedut dalam-sedalamnya.

Dia kembali mengingati isteri pertama, kedua. Wanita simpanannya, Lelaki jambunya. Harta-hartanya.

Sendirian dia ketawa.

Urgh! Batang cendawan dia mekar kembali.
Berlarian dia sambil memecut.
Ke mana arahnya?
Kenapa pula?

Dilorong wanita-wanita genit mempertontonkan tubuhnya. Menjual maruahnya. Memuaskan nafsu liar lelaki berhidung belang. Dia muncul. Sambil ketawa. Dia tersenyum.

Terlihat akannya wanita genit berambut merah yang sering menjaganya itu. Tersenyum. Tetapi tidak memperdulikan dia. Dia turut tersenyum. Dia tahu ini masanya.

Walaupun dia gila. Dia tak bodoh. Dia masih mempunyai otak yang kuat. Kuat memerangkap lelaki hidung belang.


PART II


Hari ini mereka untung besar <TO BE KONTINUT>

Advertisements

Responses

  1. Are you ok? Worry about u my friend!! =)

  2. kehidupan watak lelaki dlm citer ne penuh dosa la..suruh dia taubat..kita manusia akhir zaman..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: