Posted by: Shal Mad | October 3, 2008

Kehilangan

Pena telah kehabisan dakwat.
Kotak rokok pun hanya tinggal sebatang.
Mentol telah hilang seri, berkelip-kelip menunggu mati.

Pelita yang sedia ada, belum lagi dibeli butena.

Dengan jiwa yang sedia rapuh, ingin juga mencari keghairahan dahulu.
Ghairah yang mencipta semangat,
Ghairah yang menjana pemikiran produktif,
Keghairahan yang menjadikan hidup lebih mencabar.

Kesungguhan itu kian goyah,
Seperti tiada lagi yang harus atau mampu lagi…

Kotak rokok kini kosong,
Mentol pun sudah hitam.
Dalam kegelapan, aku melihat diriku….

Namun apa yang dapat ku lihat…
Sudahkah ia berakhir?
Mampukah aku meraba kembali,
Dapatkah aku temuinya semula?
Dalam kegelapan pasti ada sinar….

Itu aku yakin…
Jika…

Kerana itu sahaja yang aku punyai….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: