Posted by: Shal Mad | July 31, 2008

Nor Aliza 0.0.1

“Ma…. Liz pergi dulu ye ma,”
“Ye.. Hati-hati jalan tau!”
“Baik Ma…”

  Hari ini engkau memakai baju kurung biru. Beg tangan coklat. Yang selalu engkau bawa-bawa itu. Dan bertudung putih. Manis. Aku lihat engkau dari jauh. Ayu.

  Dengan tanpa engkau sedari. Aku menghantar engkau dari jauh. Tak! Dekat sebenarnya. Tapi perasaan itu seperti jauh. Walaupun kita berdekatan. Tapi seolah-olah tiada bicara yang dapat kita selitkan. Engkau seperti selalu. Manis, dengan senyuman. Haruman kau membuat aku tenang. Wajah kau berseri. Aku terpaku lagi. Sekali lagi.

  Hari ini. Hari pertama engkau mengambil alih jawatan yang disandang oleh kekanda kau. Kekanda kau? Dia tidak dipecat. Malah dinaikkan pangkatnya. Sebagai pengurus syarikat ayahanda engkau. Ayahanda kau? Dia hanya mengamanatkan syarikat itu kepada adindanya. Supaya diserahkan kepada Kekanda engkau. Bila cukup tempoh nanti. Dan tempohnya sudah cukup.

  Aku tidak pernah benci akan kekanda kau. Tapi seolah-olah aku ini terlampau hina dimatanya. Walaupun aku selalu dilayan hodoh. Dan dipijak-pijak oleh kekanda kau. Hati aku terubat tatkala melihat engkau. Sekiranya engkau tahu.

“Assalamualaikum, saya Nor Aliza Hj. Musa, kamu panggil saya Liz sahaja ye. Sila beri tunjuk ajar sekali,”

  Aku tidak tahu yang lain. Tetapi bila aku mendengar suara kau. Seolah-olah masa itu berhenti. Aku terpana. Terpesona, umpama melihat penyanyi menyumbangkan lagunya. Khas untuk aku.

  Ini Hari. Hari pertama engkau mengambil alih jawatan yang telah disandang oleh kekanda kau. Aku lihat engkau berkemampuan. Untuk mengubah dunia. Mungkin. Tetapi engkau telahpun mengubah dunia aku. Aku terpana. Terpesona, umpama melihat rama-rama menari. Ia mengubah segala pandangan mu’jahid.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: