Posted by: Shal Mad | July 31, 2008

Dikala Malam 0.0.2

  Saat itu, kelesuan melanda kudrat. Seolah sehelai kertas jua. Tidak dapat untuk aku mengangkatnya. Ku kira tadi itu telah banyak aku membazir tenaga. Bagaimana harus pacar aku menghabiskan malam nya. Keseorangan? Mungkin tidak. Hanya untuk mu sayang.

  Berpandukan alamat yang diberikan oleh member baikku. Aku membawa kesayangan aku menikmati keseronokkan malam bersama. Pastilah di syurga dunia itu!

  Rupanya rakan-rakan seperjuangan aku sudahpun terkumpul di sini. Bersama-sama teman masing-masing. Dan yang paling penting. Kami mempunyai cukup bahan. Untuk kami menyerahkan keseronokkan itu. Kepada malam yang daif.

  ASYIK!
  Lagu-lagunya…

  SERONOK!
  Teman-temannya…

  ENAK!
  Air syaitan nie…

  PANAS!
  Aksi-aksi rakan-rakan ku…

  Masing-masing pantang menyerah. Habis seJag, ditambah lagi. Habis sekole, Tambah lagi. Abis pancut, Bertukar pula. Seperti selalu…

  Rupanya kesayangan aku telah menjumpai keseronokkan sendiri. Dengan jantan lain? Oh tidak… Dengan rakan sepejabat aku. Berambut merah. Baby T. Kuning. Tidak lagi membaluti. Masing-masing sudah hanyut.

  Aku?
  Bertaruh dengan member ku. Siapa yang tumbang dulu. Tidak. Aku. Tidak. Dia.

  Rakan yang memberikan aku alamat itu. Sedang bermesra dengan 2 orang teman yang comel. Berambut kerinting seorang. Berambut paras bahu seorang.

  Lagu semakin rancak.
  Penari semakin berani.
  Rakan-rakan ku semakin terhibur.
  Dunia…
  Seolah-olah lupa kewujudan.

  Aku?
  Masih bertaruh… Siapa tumbang dulu. Dia. Tidak. Aku. Tidak.

  Pacarku telah hilang.
  Member aku sudah lesap.
  Tapi lagu semakin rancak.
  Penari sudah lenyap…
  Hanyut bersama Pil,
  Hanyut bersama Bir,
  Hanyut bersama gelapnya malam yang daif.

  Aku?
  Sudah tamat… Siapa tumbang dulu. Tidak. Ada. Sesiapa. Kami teruskan malam dengan mengusik-usik janda. Janda yang kuat menari. Itu.

  Pagi itu sungguh meletihkan. Kelesuan melanda kudrat. Malam itu menghiburkan. Keletihan mengoncang jiwa. Ibarat berenang di lautan alantik. Di musim Salju. Sejuk. Tapi seronok. Aku…. Keletihan…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: