Posted by: Shal Mad | July 30, 2008

Nor Aliza (The Begining)

  Ketika itu kau tersenyum mesra, manis. Sungguh manis aku terlihat. Terlalai sebentar. Hingga itu aku tidak dapat melupakan lirikan manja itu.

  Tiada perkataan yang dapat aku huraikan sekiranya terlihat wajah kau. Indah, manja, menawan, comel… Seperti seribu dalam satu.

  Tapi, aku masih tidak dapat berkata-kata. Tidak dapat aku berkata-kata tatkala engkau memandang tepat ke arah anak mata aku. Seolah-olah pandangan mata engkau yang bersinar itu mengunci segala percakapan aku.

  Engkau ku lihat, Senantiasa tersenyum. Gembira. Senang hati. Dan mesra dengan sesiapa pun. Dan hari itu, aku melihat engkau menolong peniaga tua. sungguh baik hati kau.

  Tapi, hari itu aku melihat engkau sedih, engkau menangis, kenapa sayang?? Apa yang mengguris hati kau? Aku cuba untuk memujuk, tapi aku tak terdaya. Kita bagaikan bersama, tetapi tidak terkata.

  Engkau aku sayangi, tetapi aku engkau tidak peduli. Kenapa sayang? Bukankah kita ini dimaksudkan untuk bersama.

  Ahhh…!
  Itu aku tidak peduli…
  Janji aku dapat melihat engkau setiap hari….

  Hari itu engkau demam teruk. Mama kau sedih sangat. Sampai malam pun tidak terasa. Mama kau sayangkan kau. Tetapi aku lagi sayangkan engkau. Lebih.

  Mama kau jaga engkau hingga engkau sembuh. Aku pulak temankan engkau hingga engkau tersenyum kembali. Mama kau pun turut tersenyum kembali. Kalaulah engkau dapat melihat aku tersenyum. Pasti engkau tahu betapa aku sayangkan engkau…

  Tapi rupanya pagi tidak la selalu cerah.
  Engkau dah terima sebuah hadiah. Kau tersenyum. Kau gembira. Aku? Tidak. Tapi aku gembira melihat engkau gembira. Tapi. Dalam diam aku menangis. Engkau? Melonjak keriangan. Mesti dari orang yang amat engkau sukakan?

  Hari itu, aku ikut kau. Engkau bersama jejaka. Jejaka yang nampak sepadan dengan kau. Tetapi aku tau jejaka itu bukan lelaki, tetapi jantan. Jantan yang menjahanamkan gadis-gadis. Aku tahu. Ingin ku katakan. Apa daya. Engkau tidak akan pedulikan aku. Pasti.

  Tapi engkau telah awal sedari. Nasib baik engkau sedar. Dan padan dengan muka jantan itu! Padan muka!!!

  Engkau bersedih lagi. ingin ku pujuk.
  Apakan daya.
  Pasti engkau tidak akan pedulikan aku.
  Lagi.

  Hari ini. Aku dah sedetik mendekati engkau. Engkau dapat rasakan tak? Jangan risau, engkau pasti dapat rasakannya

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: