Posted by: Shal Mad | April 29, 2007

DIkala Malam 0.1.1

Malam itu, malam sabtu yang indah. Ku sambut dengan pesta-pesta kemaksiatan yang memabukkan. Di sebuah kelab yang amat memeningkan.

Kepulan-kepulan asap memenuhi ruang atas tempat berdansa. Bau-bau meloyakan menusuk ke hidung para pengunjung. Lagu-lagu bingit yang memeningkan kepala. Liuk lentok badan berdansa mengikuti lagu-lagu yang memeningkan itu….

Aku?

Diam. Melihat. Awek. Turut berdansa.
Sambil memikir bagaimana hendak ku teruskan malam ku ini.

Bar-Tender menawarkan ku sesuatu untuk diminum.
Aku hanya mengeleng.
Dan kembali pandanganku ke gadis-gadis yang berpakaian singkat.

Tapi semua itu tidak langsung menarik perhatian ku.
Sambil menyedut asap Saleem. Aku menarik dalam. Sedalam-dalamnya. Agar mati cinta dihati.

Cinta menghampiri ku. Dengan rokok ditangan.

“Bang, Minta Lighter,”

Cina, tapi fasih dalam berbahasa melayu.

“Terima Kasih Bang,”

Sambil tersenyum, ikhlas, namun jauh,

“Dari mana bang?”

Aku buat tak dengar.

……
……..
……….

“SOMBONG!”

Bukan aku tak nak layan. Tapi kebosanan malam itu menyebabkan aku muram.
Sambil menyedut Saleem sedalam mungkin. Perasaan amat memeningkan. Hidup Mesti Pening~!

Lagu semakin bingit. Suasana semakin tidak keruan. Bau semakin menusuk. Gadis dan jejaka semakin gila, tidak terkawal.
Aku memulakan langkah untuk mencari pintu keluar.

……
…….
……..

Di tengah malam, berjalan-jalan di tengah jalan-raya. Membuat aku rase lebih sunyi. Namun aku terasa berkuasa. Tiada siapa yang ingin memarahi aku. Tiada manusia yang akan melihat aku. Tiada manusia ingin mencaci aku. Betapa senang hidup ku rasa.

Sambil melayani perasaan yang semakin jauh. Aku membuka pakaian ku. Satu persatu.
Menuju ke kereta ku.
Dengan keadaan yang bogel.
Mabuk.
Dan tidak keruan.

Mungkin hidup ini perlu…. itu…. yang kita cari?

Advertisements

Responses

  1. Nauzubillahiminasyaitannirajimmm
    sesengguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: