Posted by: Shal Mad | March 30, 2007

Dikala Malam 0.2

Asap-asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulut ku. Kesunyian malam diganggu oleh bunyi-bunyi cengkerik menyanyi. Fikiran ku merawang jauh tersisih….

Kesunyian malam itu ditambahkan lagi dengan perasaan kekosongan jiwaku. Beranda apartment ku menjadi kawasan lepak ku sewaktu malam menjelma, dan terus menjadi kamar tidur ku hingga dini hari.

Ku cuba untuk menghilangkan kegelisahan yang berada di fikiran ku semenjak kepulangan Abdul. Bukan ku tidak mahu berjumpa dengan beliau, bukan aku takut untuk berjumpa dengan beliau. Tetapi sejarah lama diungkap kembali, luka lama turut berdarah kembali.

Memang ku telah berharap supaya tidak berjumpa lagi dengan Abdul… Mengapa harus??

Bintang-bintang di angkasa kelihatan dekat sekali. Cahaya yang malap semakin terang, bulan kelihatan segar pada malam ini.

Sebatang Dunhill telah habis disedutku. Tekak berasa dahaga,

Disaat ini, ketika aku melangkah kaki masuk ke dalam Apartment ku. Baru ku sedar teman serumah aku LInda telah pulang, bersama-sama bau arak dan bau muntah yang melekat dibaju gaun hitamnya itu.

Kucapai sebotol Tiger di peti ais ku, dan sekotak Malboro Light di beg tangan Linda. Dan radio kecik milik Bart, teman sebilikku.

Diberanda apartment itu aku melayan perasaan lagi, kali ini dengan sedutan Malboro Light, dan air syaitan. Sambil mendengar lagu berentak perlahan. Fikiran ku merawang lagi….

……

……….

“Sudah, Aku tak nak dengar lagi pasal kamu~!!”

“Kenapa? aku fikir kita dah cukup sempurna untuk diri masing-masing?”

“KAU MEMANG TAK PAHAM BAHASA AR ???”

“Jangan kecewakan aku…..”

“BUKAN KAU KECEWA LA BODOH~!! aku yang dah kecewa ngan ko” Sambil menangis….” Sob… sob….”

“Aku cintakan kau, aku sayang kau, aku sentiasa rindukan kau, bagi ku tiada kau, tiada lah kehidupan aku….”

“sob sob… ko memang bodo a…..”
>#<*****>#<

Lamunanku tersentak.

Kedengaran suara Linda meracau memanggil nama Betty, betty adalah kawan baik Linda. Tapi sekarang mereka bergaduh, kerana lelaki.

Linda dan Betty sama-sama cantik, pandai, dan berkerjaya juga. Tapi mereka mempunyai banyak masalah pasal lelaki. Aku juga lelaki, dan kami bertiga pernah tidur bersama, setelah bermabuk-mabuk. Kami memang rapat. Dan kami pernah berjanji supaya tiada cinta dihati masing-masing. All we do is for fun. And we all like it…

Dua batang Malboro Light telah abis ku telan, Tiger Beer ku tinggal separuh isinya. Jam masih menunjukkan terlalu awal lagi. Namun langit sudah semakin cerah…

Fikiran aku melayang lagi…

Untuk apa lagi harus ku hidup???

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: