Posted by: Shal Mad | June 28, 2006

Mulia kuat setia ?

Mereka berkata kepada ku :

Berikanlah kekuatan, berikanlah kemuliaan, pilih la kami antara pemimpin mu, berikanlah kesetiaan mu…. Pemimpin yang amat maha mulia, dan yang menjadi kuat kerana kesetiaan mu. Yang akan membawa kamu ke satu lambaran yang maha berkuasa. Yang akan bersamamu selama nya… Bersama-samalah kita…

Dan aku hanya memandang, tanpa sedikit perasaan. Tanpa sedikit rasa bernafsu

Dan Mereka yang lain pula berkata :

Datanglah padaku, Datanglah dengan kemuliaan dan kekuatan batin mu, Pilihlah kami antara hawa mu, berikanlah kesetiaan mu…. Kesetiaan dan kekuatan itu yang kami mahukan. Untuk menjadikan kamu lebih mulia. Kepada kamu lah kami menyerah tubuh ini. Tubuh yang mungil permainan kamu hendaknya. Kekuatan kamu hendaknya. Kesetiaan kami hendaknya. Dan kami lah yang akan melayan kamu dengan setia membuatkan kamu berasa mulia di-agung-agungkan… Kami lah hamba yang setia

Kemudian aku berlalu. Tanpa Memandang. Tiada perasaan. Langsung tiada apa-apa

Dihalang oleh mereka yang satu lagi, Cuber berkata :

Marilah, Bersama kami dengan satu harapan. Harapan yang menggunung emas. Ya, Emas marilah, Berikan kekuatan mu. Kemuliaan mu, kemuliaan emas maksud ku.. ya, itu la kesetiaan agung ku… emas yang mulia yang kuat dan harus kita bersetia. ayuh ayuh sahabat. Sahabat ku yang setia. Kemana kamu hendak pergi dengan keadaan daif itu. Marilah sujud kepada emas ini ya sahabat

Aku tetap berlalu. Tanpa teruja. Lebih melayan perasaan dan akal dari nafsu-nafsu…

Mungkin belum tiba masanya, Mungkin aku buta dan rabun. Mungkin aku mencari sesuatu bukan didunia. Mungkin juga aku mencari namun ia berdekatan diriku. Mungkin yang aku cari itu adalah diri aku sendiri.

Aku lalai, tapi tidak leka.

Kerana itu aku terus mencari tanpa pedulikan nafsu….

Hinanya aku bukan kerana bernafsu. Hinanya aku kerana tidak dapat mengawal nafsu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: