Posted by: Shal Mad | July 1, 2005

Dikala malam

Perasaan ini, Adakah untuk mencintai atau ingin dicintai. Aku lemah dalam kesunyian yang dicipta oleh diriku sendiri. dalam puisi yang kabur dengan ayat terabur, aku menjadi resah dalam kedinginan yang dirasai oleh tubuh badan akibat malam yang disertai embun serta kegelapan memakan cahaya rembulan. Dalam dingin yang sepi dan sunyi, keinginan memuncak untuk mencintai dan menyayangi.

Lantas aku mencapai Telefon bimbit ku. Dan jejari ku pantas mencari nombor-nombor di kekunci yang sedia ada. Ditekan-tekan, aku kebuntuan, terfikir dijenak fikiran, siapa yang patut aku lepaskan kesunyian ini…….

Masa berjalan dengan perlahan, dengan penuh kebosanan, aku memandang ke arah jarum yang merentasi nombor-nombor yang terdapat di jam dindingku, satu demi satu ia berlalu ke arah nombor-nombor tersebut, semakin bosan aku melihatnya, terase seperti mengutuk diri ku yang kesunyian, ketiga-tiga jarum itu bertindik, berulang ulang kali…. menyebabkan ku semakin merasakan kesunyian dihati….

Mancis ditangan telah bersedia untuk menyala, dengan penuh kemas, dan cermat… terbakar la hujung Dunhill-ku….

Satu sedutan demi sedutan, membuatkan aku terkenang peristiwa lame.Seperti satu cerita ulangan di RTM, satu demi satu kenangan ku sewaktu aku bersama mereka.

Aku tak pernah impikan bersama dia, tidak langsung terjenak difikiran, dan tak langsung terfikiran adanyer cerita ini… namun ia tetap berlaku, dan tidak dapat aku elakkan lagi, dan ia telah menjadik kenangan yang amat gembira, namun menyedihkan… tak kurang menghampakan….

Sepanjang perkenalan aku bersamanya, tidak ader satu pun yang tidak indah, terase dunia ini seperti di alam fantasi, dan hanya aku bersama dia…. sahaja yang wujud. Fantasi ku bersamannya tidak lama, namun aku tetap ingat lagi….

Bagaimana dia melayan ku, setiap pagi dan petang, malah malam… kami tidak pernah…. tidak pernah tidak merindui sesame sendiri, walau dua jam tidak berjumpa, kami akan menelefon sesame sendiri, dan jika tak menelefon, kami akan ber-SMS

Betapa manis nyer saat kita bersama….

Pada masa itu ku rasa yang aku masih muda lagi, baru mengenal cinta dan sayang, dan setelah berjumpa dengan awek yang aku minat, aku terus mengorat , alih-alih aku dapat, tapi kerana aku masih muda, begitu juga minah yang aku menjadi teman hidup ku dikala itu, kami mempunyai pengakhiran yang menyedihkan….

Sebatang rokok abis disedut, dan asap-asap telah mengalir keluar masuk antara paru-paru aku, biar la ia memakan diri ku….. Sebatang lagi dunhill ku bakar, dan asap asap putih mulai keluar dari mulut ku….
terase khayal sejenak, Pendirian ku tentang khayal ialah, semua orang memerlukan masa untuk berkhayal, tidak kira siapa orang itu…..
(akan bersambung)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: